Kasih dan Sayang





Dalam meniti kehidupan yang penuh dengan dugaan dan halangan. Manusia amat perlu bergantung antara satu sama lain. Biarlah mereka berlainan kehidupan, cara dan kedudukan. Mereka sangat memerlukan belaian kasih dan sayang. Sifat ini bukan sahaja ada pada manusia malahan ada pada setiap mahluk yang Allah s.w.t ciptakan. Berbezanya mereka dengan kita adalah Akal. Tetapi apa yang pasti manusia sekarang sudah mula menghampiri zaman kegelapan, moral-moral yang baik dan sifat kasih dan sayang sudah mula diabaikan.Sekarang ini apa yang pasti sudah banyak anak luar nikah sudah dilahirkan dan ada sebahagiannya tidak sempat mengecapi kehidupan. Semua atas kekejaman dan tampa belas kasihan oleh mereka yang telah melakukan kemurkaan zina. Sejauh mana kehidupan kita dapat membentuk sasiah hidup dan moral yang baik. Bergantung kedaan pada hari ini, nilai hormat antara manusia itu sendiri sudah jauh. Antaranya Ibu Bapa mula tidak dihormati dan anak-anak sudah mula memberontak. Malahan sifat bantu-membantu antara saudara atau jiran-jiran sudah menipis. Ini adalah kerana sikap pentingkan diri dan tidak ada sifat kasih sesama sendiri.

p/s: Disini dapat dijelaskan tetang Moral kehidupan sekarang yang tidak mementing kasih dan sayang, hormat-menghormati antara satu sama lain, mereka lebih mengejar keseronokkan sedangkan semua adalah sementara, jadi ingat lah kawan-kawan janganlah kita lalai dan leka..



2 comments:

  1. itu adalah antara tanda-tanda dunia akhir zaman..
    sifat hormat-menghormati smkn hari semakin pupus..
    sebagai seorg islam..
    sama-sama lah kita memberi teguran dan nasihat kpd mereka..
    kerana itu adalah tanggungjawab kita bersama..
    sebagai seorg muslim..
    ingatlah,org islam itu bersaudara..
    islam mengajar kita agar melakukan amar ma'ruf nahi mungkar..
    dgn 3 cara...
    yg pertama mggunakn tangan(pangkat/kuasa yg ada),ke2 menggunakan lidah,ke3 menggunakan hati...dan cara yg ke3 adalah selemah-lemah iman...

    ReplyDelete
  2. MATA HATI....terima kasih kunjungi blog zool

    nur shahidah...

    melentur buluh biarlah dari rebongnya. begitu lah kehidupan kita.. sekiranya kita tidak mendidik generasi muda untuk hormat-menghormati..maka takkan ada nilai-nilai murni ini lagi...mmm

    ReplyDelete