Kerana Dosa

Telah di anugerah setiap manusia dengan deberikan kelebihan akal, Tetapi kelebihan itu Allah kurniakan pula satu lagi iaitu nafsu. Allah melebihkan 2 perkara ini berbanding mahkluk-mahluk lain, jika dibandingkan malaikat yang begitu taat perintah Allah, itu adalah kelebihan Akal yang Allah beri kerana mereka tidak mempunyai nafsu, Begitu juga pada haiwan yang padanya cuma ada nafsu tidak mempunyai akal.Perbandingan besar bagi kita bergelar manusia yang tercipta dengan dua kelebihan.

Setelah Allah mencipta manusia, telah berlaku bermacam-macam peristiwa, yang mengikut sejarah nabi Adam sendiri, telah banyak terlakar peristiwa yang berkaitan keingkaran dan kemurkaan. Sedangkan syurga itu tempat yang sebaik-baik tempat tetapi Adam a.s dan hawa kecundang kerana bisikan syaitan dan menurut kan nafsu. Begitulah terbuangnya mereka kebumi, sehingga benihnya tumbuh menjadikan kita umat manusia sehinggalah sekarang. Ujiannya tetap sama yang di terima oleh Adam a.s dan Hawa kepada kita generasi umat Akhir zaman. 

Sedang Allah kurniakan sebesar-besar nikmat dan belas ehsannya kepada kita umat manusia, di mana kita titipkan rasa kasih dan rindunya kita kepada-Nya. Di mana kita yang diiktiraf hamba?. perbuatan hati yang selalu membenarkan yang terlarang. Kitalah manusia yang selalu teruji dengan bisikan nafsu dan syaitan.
Kabur segala larangan hanya nikmat dunia sahaja yang terzahir dalam hati. Suatu masa teruji jua segalanya. Jalan pemisah dan ujian terbentuk. Allah tak pernah mensia-siakan hidup ini, hanya manusia yang selalu mengsia-siakan kenikmatan itu. Setelah Allah membiarkan nikmat yang dibazirkan, lalu Dia tarik kembali nikmat itu. Mana langkah paling cepat dan mudah untuk mendapatkan ianya kembali? sedarlah nikmat itu Allah beri sekali dalam hidup. Jadi tak mungkin nikmat itu akan kembali lagi. Pada siapa tempat sebaiknya kita mengadu. Adakah pada manusia yang lain,sedangkan  mereka tidak mungkin memandang kita atas kesilapan kita atau dosa kita.terlihat oleh diri bahawa Allah lah yang Esa. Dialah pengatur segalanya pertemuan dan perpisahan.Janji-Nya pasti setiapamalan pasti akan dibalas. 

Bagi yang mereka yang mendapat petunjuk pasti akan benar-benar bertaubat, dan bagi yang keras hati mereka akan terus dibelengu dosa noda dan akhirnya mati dalam kekufuran.

p/s: Allah lah tempat sebaik-baik pelindung dan pengabul segala doa-doa hambanya. Alhamdulillah..


Kabus kehidupan





Telah banyak masa yang terluang dan terbuang, dalam meniti arus kehidupan ini perbagai ujian dan dugaan terjadi dalam diri kita. Sedar atau tidak semuanya berlalu dan akan berlaku. Siapa mampu melangkah masa dan siapa yang mampu berpatah balik kemasa yang silam. Semuanya mustahil dan takkan berlaku, itulah hakikat kehidupan sentiasa dikaburi dengan kabus-kabus kehidupan. Tiada siapa tahu apa yang akan berlaku sebelum kejadian dan  penyelamat akan kejadian, semua sudah tertulis sebagai ketentuan takdir dan suratan Illahi, 

Perjalanan dan liku-liku kehidupan pasti dilalui oleh sesiapa sahaja, Biarpun diri itu tidak kuat dan kadang-kadang terjatuh dari halaman perjalanan. Namun kekuatan hati akan memperkukuhkan setiap langkah yang dilalui. Sering kali kita melihat akan kesusahan dan musibah berlaku didepan mata, ada yang dapat dilihat dengan zahir ada yang tak dapat dilihat tapi boleh dirasai. Seharian masa berlalu tentu pelbagai peristiwa berlaku dimana-mana sahaja. Diri ini bukan suatu kepompong kehidupan yang sentiasa berada dalam linkungannya. Diri ini sentiasa berhubungan dengan manusia yang lain. Kejadian atau perkara yang belaku terhadap diri akan terkait juga manusia lain. dan mereka juga boleh merasakan apa yang kita lalui secara zahirnya. tetapi ada suatu perkara yang tak dapat dilihat secara zahir. iaitu peristiwa yang berlaku dalam hati. Tiada siapa dapat melihat dan takkan ada sesiapa pun tahu Kecuali Allah s.w.t. Begitulah hebatnya ciptaan ini. Sehingga ada perkara yang dapat dilihat dan ada perkara yang tersembunyi.

Permasalah kehidupan selalunya berkait rapat dengan sakit dalaman iaitu hati. Hati yang terluka atau sakit hati antara penyebab diri hilang didalam kabus kehidupan. Hati itu umpama buah yang mengeluarkan biji. Apa bila gugur akan tubuh ditanah yang subur. Ianya pasti berlaku tetapi sekiranya biji itu tidak subur dan berpenyakit sudah pasti  buah itu tak mampu membiakkan dan mengeluarkan pohon yang cantik serta berbuah. Hati juga sebegitu, Sekiranya hati tak dijaga semua tindak tanduk diri menjadi tawar. Diri diselubungi gelap dalam siang. Terasa semua perkara itu kurang dan tak cukup pada diri. Besar masalah yang akan dirasai dan sakitnya itu akan berpanjangan.

kabus dalam diri adalah disebabkan kemurungan diri yang berkaitan dengan masalah sesama manusia. Tekanan hidup seperti kekurangan sumber keperluan dan kekangan masalah kehidupan serta diri kosong tanpa pengisian iman dan takwa kepada Allah s.w.t antara penyebabnya. kembali pada fitrah kehidupan dan kejadian manusia. Manusia itu dicipta hanya untuk menghambakan diri kepada Allah. Itu asas segala kehidupan, Segala urusan dan kejadian itu, hanya Allah sahaja tahu. Kita tak harus leka dengan kesenangan hidup sebab ianya bersifat sementara. Memikirkan segala urusan dunia tanpa memikirkan urusan Akhirat akan membuatkan diri hilang dalam kabus-kabus kehidupan. Hati itu sentiasa di sembunyikan dari melihat jalan yang sebenar.

P/s: Menjalani kehidupan samalah mengerakan masa, jadi masa itu haruslah diisikan dengan pengisian yang berguna, supaya diri tidak melakukan perkara sia-sia yang menyebabkan kesan berpanjangan. Sama-sama kita muhasabah diri... in syaa allah.


PEMERGIAN

Sungguh tenang hari-hari yang dilalui, hati terasa gembira bagai satu semangat yang datang sehingga suatu masa, hati terlalu layu dan bagai tak mampu bangun dari bersandar dalam kegelepan. Hati yang dulunya terang di sinari cahaya kini hilang segala kekuatanya.Ianya rebah bagai tiada tiang yang menahan. Semangat apakah yang lahir sehingga terasa tersiksa segala jiwa. Kerana hati terlupa nikmat kehidupan itu umpama kelipan yang akan hilang bila sampai waktunya.

Hati ini dibatasi, terasa setiap langkah dan perbuatan tidak lengkap. Hati terasa keras menahan segala sebak di dada. Namun hakikatnya pemergian itu tak mungkin kembali lagi. Bagai mana diri mahu pulih dari ujian ini, Hanya langkah keimanan disemai dalam-dalam supaya mejadi ubat jiwa yang kekosongan. Walaubagaimana, hati merintih takkan ada yang akan mendengarnya, kecuali Allah yang maha mengetahui dan sangat teliti dengan ujian yang diberi.

Cubaan hati sangat kuat dan keras sehingga ianya mampu merosakkan diri dan ketenteraman perasaan. Andai ianya tidak segera diubat pasti derita berpanjangan. Langkah yang harus di buat pada hati ialah dengan cara menyucikan hati. Berbagai cara dan langkah perlu diambil dan asasnya perlu kembali pada illahi.
Bagaimana mempekuatkan hati, dengarlah dengan ungkapan "Bismillah" dengan nama Allah.Sesungguhnya didalamnya penuh dengan maksud yang tersirat. Pernah tak hati terfikir akan setiap nikmat kurnian-Nya. Cuma sedikit sahaja ujian yang di beri pada diri. Sedangkan kan banyak nikmat kehidupan yang kita lalui dan kecapi.Pernah tak sesekali hati mensyukuri atas setiap kurniannya dan pernahkah rasa kehilangan itu satu hadiah buat kita. pasti ramai yang tidak menyedari akan apa yang terjadi. Manusia itu mudah melupakan perkara yang paling sedih dalam hidupnya, tapi manusia akan terasa terhimpit dalam kesakitan kerana rindukan kenangan yang berlalu.

Diri harus membatasi setiap apa yang terjadi, menahan diri bila ujian menimpa diri. Pasti bagi setiap yang hadir akan pergi meninggalkan kita. Itulah pelengkap kehidupan kita. Pengalaman banyak mendidik hati supaya terus tabah melalui kehidupan. Biar pun saat-saat itu sangat menyedihkan. Siapa yang mampu bertahan akan pemergian yang tersayang. Hanya takdir sahaja yang mampu mengubah segalanya. Berserah hati pada pencipta kerana Dia lebih layak menentukan apa yang terbaik buat kita. Besabarlah andai ujian itu betul-betul menarik segala nikmat hidup kita. Sesuatu perasaan yang tersimbah di hati itu bukanlah suatu yang mudah dibuang, tetapi anggap ianya kenangan terindah dalam hidup kita.

Terfikir andai semua yang berlaku ini untuk menjadikan kita insan yang soleh dan solehah. Mungkin dulu kita seorang yang alpa dan lalai. Setiap waktu kita di bazirkan dengan perkara yang tak berfaedah. Tapi bila berlaku perkara semacam ni, hati benar-benar sedar. Tiada tempat yang benar-benar boleh kita luahkan isi hati, hanya pada Allah tempat diri kembali. Setiap masa hati menitiskan air mata keinsfan  bila mengadap Allah. Bibir yang dulu sukar melafaz zikir, kini terasa senang melakukannya. Andai diri terlalu jauh dari rumah Allah. Kini Hati terlalu rindu untuk iktikaf disana. Kajahilan dulu kini diisi dengan majlis-majlis ilmu..Pernah tak hati terfikir berbuat sedemikian, mungkin dulu perkara itu yang paling sukar hendak kita lakukan. Bila hati yang kosong diisi dengan perkara-perkara tersebut pasti ianya sangat menyenangkan hati. Biar hati dan airmata menitis selalu, kerana pintu ketenangan sentiasa ada.. La..tahzan..

P/s: Jangan berputus asa dari rahmat Allah, Sesunggunya ujian itu mengajar kita dan mendidik hati supaya lebih beriman percaya pada ketentuan takdir.. bersyukurlah atas nikmat ini.. alhamdullillah..

Bila Hati Inginkan Perubahan

Sudah tentu setiap manusia yang hidup di muka bumi ini inginkan perubahan. Langkah demi langkah cuba diatur tetapi tidak semua perubahan itu akan menjadi dan berjaya. Janganlah lah terlalu berduka mahupun bersedih kerana hakikat kehidupan memang sebegitu. Tiada yang mudah untuk dilalui dan tidak pula sukar untuk dicapai semua memerlukan perngorbanan dan kekuatan hati.Andai doa selalu dipohon tetapi jawapannya adalah sama janganlah rasa gusar. Penentuan kehidupan itu bagai air yang menitis yang sentiasa berubah corak percikan. Dimana sahaja kedudukan kita pasti jalanya sangat berbebeza.

Hati tak mungkin dapat ditahan mahupun ditolak. Bila ianya benar-benar memutuskan sesuatu takkan ada yang dapat menghalangnya kecuali atas ketentuan illahi. Biar apa pun alasan atau pun jawapan kesudahannya pasti hati yang menentukan. Hati yang mengerakkan anggota dengan hati juga dapat mengubah segala perbuatan. Kesudahan bagi setiap jawapan dan penentuan kehidupan ini terletak pada kekuatan hati.

Sesuatu yang berubah pasti ada alasan dan penyebabnya. Perhatikan pada setiap segenap penjuru yang ada, Seluas langit yang dibentangkan dengan wajah-wajah kehidupan. Disana kita memikirkan akan kurangan dan kelebihan diri. Diri tak mampu merentasi masa yang begitu cepat berlalu, kerana masa dan kedudukan itu sangat berbeza. Sudah pasti seseorang itu berubah dengan kerana apa yang ada disekelilingya.

Sesiiapa pun tak dapat menduga bila masa diri ini akan benar-benar berubah. Siapa yang sudah berubah itu semua atas izin Allah.Kadang-kadang perubahan hidup seseorang mampu mempengaruhi orang yang paling hampir dengannya. Ada perubahan yang mampu membuatkan insan lain menitiskan air mata dan ada juga mampu menyentuh hati. Perubahan itu suatu perkara yang paling berat harus dilalui.

P/s: Perubahan kehidupan itu bagai satu cabaran , andai diri tak benar-benar kuat, pasti perubahan itu akan merosakan hati dan andai kata berjaya pasti perubahan itu memberi kesan mendalam pada diri. Jangan takut berubah andai ianya baik tetapi jangan lah berubah andai perubahan itu membawa keburukan