Sungai Ilahi


Telah terbina sekian lama peradaban kehidupan, Semuanya berlandaskan ciptaan dan kekuasaan Allah s.w.t. Berbagai panduan mahupun ajaran semuanya meliputi isi yang tersirat mahupun tersurat. Telah lahir manusia di muka bumi ini hanya kerana terletaknya pencipataan yang menterjemah setiap helaian sejarah dan perjalan kehidupan. Manusia yang selalu dilimpahi nikmat dan hikmah selalu sahaja terlupa akan pengakhiran. Jesteru sungai-sungai ilahi menjadi ruang bagi mereka melayari kehidupan sebelum sungai menemui hujungnya.

Tatkala mata terlena dari tidur yang panjang, buaian kenikmatan dan keinginan sering menjadi jalan menemui cita-cita. Kadang kala cita-cita itu sering tergelincir dari landasannya. Manusia dengan haluan sendiri merasakan mereka mampu berdikari. Sedangkan setiap jalan itu mempunyai aturan dan panduan yang telah di tetapkan. Terasa diri itu bebas bila diri tidak di kongkong. Terasa sedih bila diri tidak dipedulikan. Mana mereka yang selalu bermegah-megah dengan nikmat ini.Cuma yang pasti kenikmatan itu bukan datang dari diri, tetapi ianya datang dari  ciptaan agong dan penuh kebijaksanaan. Allah s.w.t meletakkan tangga-tangga kehidupan supaya kita menjadi hamba-hambanya yang berfikir dan percaya.

Jatuh bangun sebuah kehidupan itu  telah menjadi takdir bagi mereka-mereka yang telah memilihnya.Satu masa manusia itu berada jauh dari jalan kehidupan sebenar. Ada di antara mereka buta, rabun dan celik.Mereka yang buta ialah mereka yang tak mampu melihat kehidupan mereka sendiri dan tercari-cari ruang dalam kegelapan. Dimana cahaya itu tersembunyi, yang kelihatan kegelapan. Mereka ini sesat dalam menemui jalan keluar dan akan terus terpesong dari menacari jalan sebenar dalam kehidupan.Dosa itu adalah jalan kehidupannya dan nereka itu pula menerangi kehidupnya

Manakala rabun itu hanya bagi mereka yang berada di pertengahan. Sentiasa hati berbelah bagi antara dua  dan sentiasa buntu mencari haluan dan jalan sebenar. Hidup mereka ini hanya menunggu ruang-ruang kebenaran dan pada masa yang sama terpengaruh dengan godaan nafsu dan keinginan. Sedar dalam hati, tetapi tak mudah membuat keputusan.Selalunya keputusan itu sering berubah dari haluan dan tujuan sebenar. Walaupun mereka sudah di temukan jalan,namun hati mereka terlalu utuh untuk meninggalkan nikmat yang sementara. Mereka ini berada antara dua, syurga dan neraka.

Celik dari tidur, mata kita sering sahaja bangun dari tidur yang panjang. Begitulah nikmatnya bila melihat keindahan alam dan ciptaan. Udara yang begitu nyaman diwaktu pagi sering membuka minda, memberi ilham dan jalan. Hati yang sering di temukan dengan ilmu, titik-titik putih, sentiasa menutup kelemahan dan kekurangan dalam kehidupan. Mereka ini sentiasa mencari jalan dan jawapan dalan persoalan kehidupan. Mereka ini juga sentiasa mengingati dan memberi peringatan pada dua golongan ini iaitu yang buta dan rabun. Sesungguhnya mereka menghidu bau syurga dan pasti akan mendapatkannya.

p/s: Sesungguhnya kehidupan itu takkan mungkin menemui sungai-sungai ilahi. Andai hati itu menjadi hitam, sentiasa rabun dan buta dari mencari jalan kehidupan.



2 comments:

  1. assalam.
    setiap yang buruk, pasti ada baiknya..kerana Allah telah jadikan ciptaannya seimbang..setiap yang berdosa..Allah akan ampunkan seelagimana taubat berterusan

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam... terima kasih atas kata2 hikmah :)

      Delete