Ikhlasnya Berkawan


Setiap insan pasti pernah merasakan nikmat dan suka dukanya berkawan. Tetapi ada juga yang masih tidak mengerti apa sebenarnya di maksudkan kawan atau sahabat. Kawan ialah insan yang bergelar teman yang sentiasa berada bersama kita dan dia adalah  yang hampir dan mengenali kita. Kawan tidak akan melukakan perasaan sahabat yang lain dan ianya selalu berwaspada dengan kata-katanya. Kawan juga tidak akan memperkatakan keburukan sahabatnya malah sentiasa menyatakan kebaikan sahabat-sahabatnya. Biarpun dukanya hati dikala terluka tapi tidak pernah meluahkannya pada sahabat. Kadang-kadang sahabat jugalah yang menjadi penghibur dan gelak tertawa bersama-sama. Apabila kita berjauhan dari keluarga atau saudara-mara, sahabatlah saudara yang paling hampir dengan kita. Keluhan dan payahnya kita, kawanlah yang paling hampir dengan kita dan dia lah tempat kita mengadu masalah di kala kita berjauhan dengan saudara-mara.
Sahabat dan kawan sebenar  mestilah mempunyai sifat ini, iaitu kejujuran dan keikhlasan. Tapi tak ramai antara kita mengerti dengan maksud ikhlas dan jujur. Bila berkata akan keikhlasan sebenarnya keikhlasan adalah sesuatu yang hadir dari hati dan perkara ni sukar di jelaskan dengan kata-kata, tapi selalunya dilakukan dengan perbuatan yang zahir yang dapat dilihat. Manakala kejujuran pula dapat dijelaskan dengan kata-kata atau amanah, kerana sahabat yang betul-betul jujur adalah mereka yang di beri amanah di tunaikan dengan penuh tanggungjawab dan keikhlasan.

Pernahkah kita berfikir tentang dengan siapa kita berkawan ?. Pasti sesiapa pun tidak kisah akan dengan siapa mereka berkawan, tetapi setiap orang pasti akan menilai kawan yang benar-benar  boleh mejadi sahabat baik. Kadang-kadang dalam memilih kawan ada juga antara kita yang tertipu dan terpedaya. Ada juga antara kita sampai bermusuhan disebabkan kawan yang suka menipu atau tak jujur dan ada juga yang sanggup menikam kawan dari belakang. Dihadapan kita dia lah yang terbaik tetapi dibelakang kita dia musuh yang nyata iaitu menyatakan keburukan sahabat-sahabatnya.Di manakah nilainya kita sebagai sahabat, jangan letakkan kita antara manusia yang rugi atau manusia yang mensia-siakan diri. Sekali kita berbohong  dan memperdayakan kawan kita sudah pasti sukar bagi sahabat kita untuk mempercayai kita. Kata pepatah orang melayu " terlajak perahu boleh di undur telajak kata atau pebuatan sudah pasti tak boleh diundur. 
p/s: Sebagai amanah yang di beri, hendak lah kita menjadi Khalifah Allah s.w.t iaitu hendak lah kita menjaga dan makmurkan  bumi ini dengan kita sentiasa menjaga perhubungan kita sesama manusia dan janganlah kita bermusuhan. kawan bersyukurlah tiada apa yang paling penting melainkan menjaga perhubungan kita sesama manusia. Bila kita kasih dan sayang antara satu sama lain insyaallah diri kita sentiasa terpelihara di dunia mahu pun di akhirat..