Sungguh tenang hari-hari yang dilalui, hati terasa gembira bagai satu semangat yang datang sehingga suatu masa, hati terlalu layu dan bagai tak mampu bangun dari bersandar dalam kegelepan. Hati yang dulunya terang di sinari cahaya kini hilang segala kekuatanya.Ianya rebah bagai tiada tiang yang menahan. Semangat apakah yang lahir sehingga terasa tersiksa segala jiwa. Kerana hati terlupa nikmat kehidupan itu umpama kelipan yang akan hilang bila sampai waktunya.
Hati ini dibatasi, terasa setiap langkah dan perbuatan tidak lengkap. Hati terasa keras menahan segala sebak di dada. Namun hakikatnya pemergian itu tak mungkin kembali lagi. Bagai mana diri mahu pulih dari ujian ini, Hanya langkah keimanan disemai dalam-dalam supaya mejadi ubat jiwa yang kekosongan. Walaubagaimana, hati merintih takkan ada yang akan mendengarnya, kecuali Allah yang maha mengetahui dan sangat teliti dengan ujian yang diberi.
Cubaan hati sangat kuat dan keras sehingga ianya mampu merosakkan diri dan ketenteraman perasaan. Andai ianya tidak segera diubat pasti derita berpanjangan. Langkah yang harus di buat pada hati ialah dengan cara menyucikan hati. Berbagai cara dan langkah perlu diambil dan asasnya perlu kembali pada illahi.
Bagaimana mempekuatkan hati, dengarlah dengan ungkapan "Bismillah" dengan nama Allah.Sesungguhnya didalamnya penuh dengan maksud yang tersirat. Pernah tak hati terfikir akan setiap nikmat kurnian-Nya. Cuma sedikit sahaja ujian yang di beri pada diri. Sedangkan kan banyak nikmat kehidupan yang kita lalui dan kecapi.Pernah tak sesekali hati mensyukuri atas setiap kurniannya dan pernahkah rasa kehilangan itu satu hadiah buat kita. pasti ramai yang tidak menyedari akan apa yang terjadi. Manusia itu mudah melupakan perkara yang paling sedih dalam hidupnya, tapi manusia akan terasa terhimpit dalam kesakitan kerana rindukan kenangan yang berlalu.
Diri harus membatasi setiap apa yang terjadi, menahan diri bila ujian menimpa diri. Pasti bagi setiap yang hadir akan pergi meninggalkan kita. Itulah pelengkap kehidupan kita. Pengalaman banyak mendidik hati supaya terus tabah melalui kehidupan. Biar pun saat-saat itu sangat menyedihkan. Siapa yang mampu bertahan akan pemergian yang tersayang. Hanya takdir sahaja yang mampu mengubah segalanya. Berserah hati pada pencipta kerana Dia lebih layak menentukan apa yang terbaik buat kita. Besabarlah andai ujian itu betul-betul menarik segala nikmat hidup kita. Sesuatu perasaan yang tersimbah di hati itu bukanlah suatu yang mudah dibuang, tetapi anggap ianya kenangan terindah dalam hidup kita.
Terfikir andai semua yang berlaku ini untuk menjadikan kita insan yang soleh dan solehah. Mungkin dulu kita seorang yang alpa dan lalai. Setiap waktu kita di bazirkan dengan perkara yang tak berfaedah. Tapi bila berlaku perkara semacam ni, hati benar-benar sedar. Tiada tempat yang benar-benar boleh kita luahkan isi hati, hanya pada Allah tempat diri kembali. Setiap masa hati menitiskan air mata keinsfan bila mengadap Allah. Bibir yang dulu sukar melafaz zikir, kini terasa senang melakukannya. Andai diri terlalu jauh dari rumah Allah. Kini Hati terlalu rindu untuk iktikaf disana. Kajahilan dulu kini diisi dengan majlis-majlis ilmu..Pernah tak hati terfikir berbuat sedemikian, mungkin dulu perkara itu yang paling sukar hendak kita lakukan. Bila hati yang kosong diisi dengan perkara-perkara tersebut pasti ianya sangat menyenangkan hati. Biar hati dan airmata menitis selalu, kerana pintu ketenangan sentiasa ada.. La..tahzan..
P/s: Jangan berputus asa dari rahmat Allah, Sesunggunya ujian itu mengajar kita dan mendidik hati supaya lebih beriman percaya pada ketentuan takdir.. bersyukurlah atas nikmat ini.. alhamdullillah..