Kabus kehidupan





Telah banyak masa yang terluang dan terbuang, dalam meniti arus kehidupan ini perbagai ujian dan dugaan terjadi dalam diri kita. Sedar atau tidak semuanya berlalu dan akan berlaku. Siapa mampu melangkah masa dan siapa yang mampu berpatah balik kemasa yang silam. Semuanya mustahil dan takkan berlaku, itulah hakikat kehidupan sentiasa dikaburi dengan kabus-kabus kehidupan. Tiada siapa tahu apa yang akan berlaku sebelum kejadian dan  penyelamat akan kejadian, semua sudah tertulis sebagai ketentuan takdir dan suratan Illahi, 

Perjalanan dan liku-liku kehidupan pasti dilalui oleh sesiapa sahaja, Biarpun diri itu tidak kuat dan kadang-kadang terjatuh dari halaman perjalanan. Namun kekuatan hati akan memperkukuhkan setiap langkah yang dilalui. Sering kali kita melihat akan kesusahan dan musibah berlaku didepan mata, ada yang dapat dilihat dengan zahir ada yang tak dapat dilihat tapi boleh dirasai. Seharian masa berlalu tentu pelbagai peristiwa berlaku dimana-mana sahaja. Diri ini bukan suatu kepompong kehidupan yang sentiasa berada dalam linkungannya. Diri ini sentiasa berhubungan dengan manusia yang lain. Kejadian atau perkara yang belaku terhadap diri akan terkait juga manusia lain. dan mereka juga boleh merasakan apa yang kita lalui secara zahirnya. tetapi ada suatu perkara yang tak dapat dilihat secara zahir. iaitu peristiwa yang berlaku dalam hati. Tiada siapa dapat melihat dan takkan ada sesiapa pun tahu Kecuali Allah s.w.t. Begitulah hebatnya ciptaan ini. Sehingga ada perkara yang dapat dilihat dan ada perkara yang tersembunyi.

Permasalah kehidupan selalunya berkait rapat dengan sakit dalaman iaitu hati. Hati yang terluka atau sakit hati antara penyebab diri hilang didalam kabus kehidupan. Hati itu umpama buah yang mengeluarkan biji. Apa bila gugur akan tubuh ditanah yang subur. Ianya pasti berlaku tetapi sekiranya biji itu tidak subur dan berpenyakit sudah pasti  buah itu tak mampu membiakkan dan mengeluarkan pohon yang cantik serta berbuah. Hati juga sebegitu, Sekiranya hati tak dijaga semua tindak tanduk diri menjadi tawar. Diri diselubungi gelap dalam siang. Terasa semua perkara itu kurang dan tak cukup pada diri. Besar masalah yang akan dirasai dan sakitnya itu akan berpanjangan.

kabus dalam diri adalah disebabkan kemurungan diri yang berkaitan dengan masalah sesama manusia. Tekanan hidup seperti kekurangan sumber keperluan dan kekangan masalah kehidupan serta diri kosong tanpa pengisian iman dan takwa kepada Allah s.w.t antara penyebabnya. kembali pada fitrah kehidupan dan kejadian manusia. Manusia itu dicipta hanya untuk menghambakan diri kepada Allah. Itu asas segala kehidupan, Segala urusan dan kejadian itu, hanya Allah sahaja tahu. Kita tak harus leka dengan kesenangan hidup sebab ianya bersifat sementara. Memikirkan segala urusan dunia tanpa memikirkan urusan Akhirat akan membuatkan diri hilang dalam kabus-kabus kehidupan. Hati itu sentiasa di sembunyikan dari melihat jalan yang sebenar.

P/s: Menjalani kehidupan samalah mengerakan masa, jadi masa itu haruslah diisikan dengan pengisian yang berguna, supaya diri tidak melakukan perkara sia-sia yang menyebabkan kesan berpanjangan. Sama-sama kita muhasabah diri... in syaa allah.