Pilihan Hidup




Dalam kita menempuh kehidupan ini, semua harus memilih jalan mereka sendiri, biar pun semua manusia mencari jalan mereka sendiri. Semua bergantung atas usaha mereka sendiri. Bermula dari zaman kanak-kanak kita sudah diajar dengan berbagai-bagai cara untuk berdikari. Antaranya ialah dari kita merangkak sehiggalah kita pandai berjalan, Dari kita mula hendak pandai berkata-kata sehinggalah kita pandai membaca. Bukan mudah untuk kita memilih jalan dan mengatur langkah untuk meneruskan perjalanan hidup ini. Dengan ilmu dan pengalaman kita itu dapat lah kita menempuh setiap halangan dan cabaran, tetapi sekiranya perkara itu adalah sebaliknya mungkin kita tak dapat bersaing antara satu sama lain. Dalam mengejar sesuatu yang bermakna dalam hidup ini, cara berfikir adalah sangat penting sekali. Ramai antara kita yang kecundang kerana tidak berfikir sebelum memilih jalan dan ada juga yang terpengaruh dengan orang lain.

Setiap orang ada tujuan masing-masing dan masing-masing juga ada cipta rasa mereka yang tersendiri. Bab memilih, ada macam-macam seperti memilih calon isteri, memilih kerja, memilih jalan hidup dan banyak lagi. Semuanya terletak pada tangan kita sendiri dalam menentukan segala-galanya..

p/s : Dalam bab ini, sebenarnya semua jalan dalam hidup kita. Kita yang tentukan , jika kita dorong kepada jalan kebaikan dan kesempurnaan insyaallah kita akan terdorong kejalan itu..

5 comments:

  1. kadang-kadang kita buntu apabila hendak memilih satu jalan hidup..

    kita kurang pasti sama ada dia lurus atau bengkok

    ReplyDelete
  2. akak x tau jln yg akak plih skrg btul ke x..huhuh

    ReplyDelete
  3. BuLaN iTu aKu....mmm.. sebab tu kita kena mencuba dan mencari pengalaman dulu... atau kita mencari seseorang yang dah berjaya supaya jadi contoh pada kita...mmm

    jumana....memilih jalan yang betul terletak pada kesucian hati kita..akak fikir dan hayati kata2 zool...mmm

    ReplyDelete
  4. dan setiap perjalanan memerlukan kekuatan :)

    ReplyDelete
  5. F a N T a S Y...mmm...kekuatan itu ada pada hati...kita...mmmm

    ReplyDelete