Meniti Harapan


Sejak mula aku melangkah, seribu kenangan dan liku-liku hidup aku rasakan. Namun bila usia aku mula meningkat, Di situ telah membuka hati dan membuat kan aku sentiasa berfikir dan terus berfikir. Setiap tindak-tanduk aku penuh dengan harapan kerana itu lah kebenaran hidup dalam diri ini, harus jujur, harus bijak dan sentiasa melakukan yang terbaik. Siapalah aku jika di bandingkan berbilion manusia hidup sebelum dan selepas aku.Di mana tumpah jasa aku lakukan, semuanya sebagai liku yang harus aku tempuhi.Di mana hati ini melangkah ?,  di mana mata ini melihat?,dan di mana senyuman ini diukir ?. Semuanya hanya ada pada diri ini. Menilai dan menterjemah setiap helaian kertas, umpama menilai hari-hari, semua ini umpama kiraan dan hitungan yang penuh simbol dan garis-garis yang penuh persoalan. Meletakkan titik-titik noktah di tempat yang salah memungkin kehidupan aku akan menjadi suram dan penuh dengan duri-duri dan bisa yang amat pedih.Mungkin dulu aku seorang kanak-kanak yang hanya mampu menurut perintah dan arahan, tetapi sekarang ini aku sudah mampu untuk menjadi "Director" atau pengarah dalam diri ini. Mungkin dulu aku rasa sukar seolah di kongkong tetapi jawapan di hari ini sebaliknya. Kerana dulu aku tak mengerti, apa itu tanggungjawab dan bebanan. Cuma mata, telinga dan hati aku mengerti kehidupan dihari ini adalah indah. Indah kehidupan itu, memang indah.Tetapi tersiratnya penuh halangan dan kebenaran yang tak boleh di elak.Siapalah aku yang berada di perbarisan ketentuan, cuma harapan dapat menunaikan impian, impian yang nyata, dan impian itu adalah mimpi dan dusta belaka. Cuma cermin keinsafan dan air mata yang dapat aku selubungi, bagi mengubat diri dan mengubah hidup ini..................................................................air mata itu lah penawar hidup aku...

4 comments:

  1. assalamualaikum...bg nur,x semua harapan dpt menunaikan impian..x semua impian itu mimpi..tp,yakinlah pd yg berhak keatasnya..

    keinsafan dan air mata kdg2 mnjdkn kita tabah..
    mmg pd zahirnya hanya kelemahan tergambr, disebaliknya ada yg lebih baik...

    em...pdpt ni mgkn x seberapa baik..em...

    ReplyDelete
  2. salam.
    ayat yg puitis.
    maaf lama tk singgah :)

    ReplyDelete
  3. Setitis air menterjemah seribu persoalan, keluhan dan air mata bukan semuanya dusta dan tidak juga hadirnya kebenaran,dimanakah titis-titis penyesalan itu, yang hadir cuma dari hati, yang diluahkan adalah perasaan.. itulah luahan bukan mudah untuk di terjemah dan tidak mudah di fahami...

    ReplyDelete
  4. khidupan yg di landa musibah pasti hty terasa siksa.menangislah utk memujuk hty yg kesedihan. air mata dpt melunturkn dn mengurankan bebanan hty. bumi mana yg tak di timpa hujan.hidup mana yang tak di timpa ujian. namun kesabaran adalah kunci utk mengharungi segalanya. hanya orang yg berlapang dada menerima ujian Allah akan faham erti meniti harapan agar terbitnya hikmah di sebalik tirai cita2 dn impian... emm,,laa tahzan innallaha ma'ana abadan abada.. salam syg :-)

    ReplyDelete