Bila Cahaya Tenggelam


        Bila cahaya tengelam, kita akan rasakan kegelapan dan sudah pasti penglihatan kita juga menjadi kabur. Begitu perumpaan bagi kita yang masih belum berjumpa jalan dalam mementukan kehidupan. Kita selalu mengharapkan yang terbaik dan sentiasa inginkan seseorang yang mampu menjaga dan memberi petunjuk pada jalan yang benar. Sejauh mana seseorang itu mampu mengubah kita, ianya bergantung pada perubahan yang berlaku pada diri kita. Kadang-kadang ianya berlaku tanpa kita sedar dan kehadirannya juga tidak kita duga. 

       'Cahaya'  atau 'Nur' itu hadir dalam bentuk keinsafan dan penyesalan yang membawa perubahan dalam hidup kita. Bila hati berkehendakan perubahan  iaitu perubahan yang baik, sudah tentu perubahan itu mengubah akan kehidupan sebelumnya. Hati umpama kertas putih, kalau ditulis dan dilukis dengan perkara yang baik. sudah pasti akan mendapat hasil yang terbaik, kalau sebaliknya sudah pasti kertas itu tiada nilainya.
Di mana jalan yang perlu kita pilih, hitam atau putih, gelap atau terang. Semuanya perlukan cahaya kesedaran yang tinggi.

        Bila kita lalai, kehidupan kita akan sentiasa hanyut, yang pasti kita tidak sedar akan kesilapan dan kesalahan kita lakukan . Hidup di buai nafsu, hati di belengu syaitan. Sudah pasti kita sudah berada dalam kesesatan yang nyata. Malukan pahala dan rindukan Dosa, itu lah kita yang sentiasa memburu kedamaian jiwa. Tapi yang pasti kesedihan itu juga yang menyelubungi hati. Jangan bersifat tandus dan bersikap dusta akan kebenaran, kerana Dosa tak kenal sesiapa. Manusia yang leka manusia alpa, sesudah kealpaan itu berlaku pasti akan berlaku kekecelaruan hidup, disitu Allah s.w.t temukan dengan (Nur).

        Allah s.w.t sangat kasih akan orang-orang  yang sentiasa mahukan petunjuk dan sentiasa menadah tangan memohon doa dan mengharapkan petunujuk dari-Nya. Jalan yang paling mudah untuk kita memperoleh petunjuk ialah, sentiasa mendekatkan diri dengan menunaikan kewajipan solat 5 waktu di iringi doa, Berzikir dan bermunajat. Membaca Al-quran dan fahami terjemahannya. Juga mempelajari ilmu dunia dan akhirat.


P/s: Siapa yang layak mendapat nur? itu adalah ketentuan Allah s.w.t, sesiapapun boleh mendapat nur. Cahaya itu hadir cuma sekali tetapi kalau disiakan sudah pasti kita akan rugi selamanya.
.

3 comments:

  1. Assalamualaikum..
    hidayah dan cahaya iman itu datang dr Allah...jika Allah berkehendak untuk memberikan kepada hambanya, maka tiada siapa dapat menghalangnya(jadilah!maka jadilah)..

    telah di bentangkan jalan yg luas bg kita..cuma antara hendak mendapatkannya atau membiarkan ia pergi begitu sahaja..kemanisan iman hanya dapat dirasa bg sesiapa yg rindu akan yg abadi..selamanya hidupnya akan bahagia walau badai datang melanda..kerana kasihnya itu membuatkan ia buta pada kesusahan,kesedihan dan penderitaan..

    ReplyDelete
  2. "mencari cahaya dalam kehidupan"

    ReplyDelete
  3. wahai Tuhan yg maha pemurah terangilah daku dgn NUR IMANMU..hanya engkau tempat aku berserah mohon maghfirah di dalam syahdu. ingin daku kembali kepada fitrah insani kerna tak sanggupku jelajahi rimba duniawi.bebaskanlah diriku dari d belenggu dosa,noda dan nafsu durjana.

    ReplyDelete