Teman




Teman adalah insan yang sentiasa memahami dan mengerti apa yang tersurat dan tersirat yang hadir dildalam diri kita. Biar pun bagi kita, tak semua perkara perlu diketahui oleh dia. Namun pada hakikatnya temanlah orang yang boleh dikatakan paling hampir dengan kita, biar dikala susah, senang mahupun dalam kesedihan. Kadang-kadang kita terpaksa meluahkan perasaan kita kepada teman-teman kita.

Teman ialah tersirat iaitu orang yang kita percayai. Mungkin antara kita pernah meluahkan perasaan sedih dan kecewa kita pada teman. Lagi-lagi pada zaman sedia moden ini, teknologi telah menemukan kita dengan ramai kawan dan teman secara online. Disitu lah bermulanya titik-titik perkenalan yang mungkin tak kita duga. Berbagai ragam dan karenah manusia telah kita lihat. Sejauh mana keikhlasan dan kejujuran yang ditafsir. Semua terletak pada setiap diri seseorang. Mencari sesorang yang jujur dan ikhlas bukan lah mudah. Setiap yang jujur pasti ada yang tersirat mahu pun yang ikhlas dan sabar.

Pernah juga bagi kita mengenal orang yang dalam kekecewaan, pernah juga kita jumpa yang dalam kesusahan dan ada juga yang dalam dilema. Namun yang pasti kawan dan teman kita berbeza. Tak semua yang kita lalui sama dan tak juga berbeza. Manisnya bila berkata tak semanis hati menerima dan pahitnya hati bila berkata tak sepahit hati menerima. Macam itu lah kehidupan kita sebagai teman. Tak semua perkara perlu diluah kan dan tak semuanya harus disimpan. Yang pasti sejauh mana letaknya hati kita disisi Allah s.w.t. lebih dalam kita mengingatinya. Lebih dalam lah keikhlasan, kesabaran dan kejuran kita.

P/s: kawan dan teman ingatlah setiap apa pun yang kita lafaz atau bila bekata-kata sesuatu, hendak lah kita memikirkan orang yang hendak mendengarnya. Jangan lah sampai kita membuat kan mereka berfikir kita tidak hormat atau merendah mereka. Dan lebih baik setiap kata-kata kita menjadi tazkirah atau kata nasihat yang baik dan membina. Kerana kata-kata kita melambangkan peribadi kita. Allah akan kasih dan sayang pada kita bila kita berkasih akan saudara-saudara atau teman kita.. Insyaallah..