Aku Seorang Pemerhati



Bab 1 ( Kisah dulu dan sekarang )


BAB 2 ( Hidup Sendirian )


    
Dalam menjalani perjalan hidup ini, aku terus tabah mengharungi kemelut permasalahan dan ujian mendatang. Kadang-kala masa yang sebegitu suntuk, membuatkan aku cemas dan gundah dalam menyelesaikan masalah. Walaupun pada hakikatnya setiap yang berlaku itu sebenarnya tidaklah sehebat dugaan yang diterima. Namun ianya sudah cukup untuk menggoyahkan diri aku. Setiap hari yang berlalu bagai satu jalan yang berduri yang harus aku tempuhi.Walaupun banyak perkara yang boleh aku lakukan untuk memenuhi kehendak rohani, tetapi masih belum cukup memberi kesempurnaan dalam memenuhi keperluan diri. 

        Hidup aku bagaikan satu peta yang begitu penuh dengan koordinasi yang memerlukan ketepatan dalam mencari kedudukan sebenar. Walaupun peta itu sendiri di penuhi dengan garis-garis kedudukan, tetapi aku masih perlu mencari hala tuju yang sebenar supaya tiada berlaku kesilapan dalam menentukan arah. Biar banyak keputusan yang perlu aku hitung, namun semuanya harus aku tentukan dengan ketelitian dan perkiraan. Adakalanya kesilapan berlaku juga, memang benarlah  semua yang berlaku adalah kerana ke tidak pekaan aku dalam menghitung keputusan. Setiap keputusan yang aku buat hendaklah mengambil kira akan pandangan dan idea dari pihak kedua. Bukannya membuat keputusan berdasarkan perkiraan aku sendiri.Disebabkan kecuaian itu, aku terus dibelengu dengan permasalahan yang berbangkit dan mengambil masa yang panjang untuk mengatasinya.


      Dalam menyelesaikan permasalahan ini, aku cuma mampu pasrah dalam mencari keserdehanaan dalam diri. Kedudukan aku yang sentiasa berada dalam kesederhanaan itu membuatkan aku sentiasa menyendiri. Apabila glora kehidupan menyelubungi  diri. Aku cuma mencari jalan mudah dengan hanya mencari suatu tempat yang sunyi yang mampu menjadi penghibur dari kesesakan bunyian. Biarpun pandangan persekitaran seolah-olah merendahkan aku. Namun aku terus bersabar dan menepis segala lotaran yang mungkin tidak sedap bila di dengar. Halangan itu juga tidak melemahkan aku, malahan menjadi kata azimat yang dapat membentuk rohani aku supaya bersifat lemah dan sentiasa menjadi pemaaf. Bagi aku, setiap lotaran kata itu umpama dinding yang mampu memperteguhkan diri dan membentuk keutuhan diri yang teguh di atas pendirian sendiri.

       Setelah masa pun berlalu lama, aku mula merasakan perubahan dalam ketahanan fizikal dan mental. Keceriaan selalu menghampiri aku dan permasalahan aku juga semakin berkurang. Kegembiraan itu jugak dapat di lihat pada persekitaran yang dulunya umpama duri  tetapi sekarang berubah mejadi seperti pepohon yang mampu memberi tempat untuk aku berteduh. Begitulah kehidupan aku yang penuh dengan masalah, tetapi apabila masalah itu menemui jalan penyelesaian, aku dapat rasakan satu bebanan yang dulu nya berat tetapi sekarang mejadi ringan seumpama debu bertebangan.

Bersambung