Termenung




Setiap manusia pasti akan mengalami situasi sebegini iaitu termenung.Dimana bila termenung kita akan memikir tentang kehidupan. Kehidupan selalunya berkaitan diri atau orang lain. Kadang-kadang kita akan termenung bila mempunyai masalah. Golongan yang boleh dikatakan paling banyak termenung ialah golongan tua berbanding yang muda. Dalam usia yang semakin hampir tiba, hanya titisan air mata dan ingatan yang dapat memenuhi hati-hati mereka.

Manusia adalah kerdil disisi Allah s.w.t . kerana manusia tidak mampu untuk mencapai sesuatu yang dengan hanya melakukan dengan satu perkara sahaja, iaitu berfikir. Manusia mesti lah melakukan sesuatu dengan dua cara iaitu berfikir dan berusaha. Memang sejak kita dilahirkan lagi kita sudah mula menggunakan fikiran kita. Ada antara kita mempunyai akal yang pintar dan bijak. Tetapi sekadar mempunyai kepintaran tidak cukup sekira kita tidak melaksanakannya dengan berguna. Setiap detik dan saat ketika kita termenung ianya akan dapat mengajar kita mengenal diri dan dan orang lain. Setiap manusia pasti akan ditimpa masalah dan setiap masalah pasti ada jalan dan hikmah. Manusia mampu juga berfikir jauh dengan hanya termenung.

p/s: Antara cara yang terbaik untuk muhasabah diri ialah dengan termenung. Termenung boleh membuatkan kita kembali kepada dimana asal nya kita.ini akan mebuat kan hati kita menjadi lembut.



Buatmu palestine


Hujan menderai membasahi bumi yang fana

dahaga dengan kebaikan manusia

darah yang mengalir tanpa hala tujuan

menitis dari tubuh insan tidak bersalah


tangan kau hulurkan bukan menyemai bakti kecintaan

hanya mengerti menggenggam pedang dan senjata

menembusi dinding berdarah tiap insan

rebah menyembah bumi kehilangan tiada erti


sungai darah merebak kini mengalir laju

menghayutkan sebutir kebahagian yang sering diragut pilu

hilai tawa berganti jeritan menahan sakit

simpati hilang ditelan kezaliman


siang bertarung dengan kematian

malam sering membaluti tidur mereka dengan ketakutan

hari berlalu dengan linangan airmata dan doa tanpa jemu

deritanya hidup mereka dibelenggu kejahilan manusia

pergilah derita amanlah hidup mereka


hidupmu palestine tidak mengenal erti gembira

setiap saat dan detik menghitung kematian yang pasti

kematian yang hakiki walau tanpa dipinta

menjadi lumrah bagimu....


Penulis, Nur Iman

Pelangi Kehidupan





Kehidupan seumpama pelangi yang mewarnai alam. Disitu lahir keharmonian dan kesinambungan yang kekal dan berpanjangan. Setiap insan yang dilahirkan akan merasa kenikmatan. Biarpun pekara itu hadir secara sementara atau berpanjangan. Semua yang terlukis bukanlah ukiran yang diukir oleh insan lain. Kelemahan dan kelebihan juga adalah kenikmatan yang sedar atau tidak telah mencorakan kehidupan kita. Seumpama pelangi yang dipancarkan oleh sinar matahari, begitulah kehidupan kita. Yang indah ialah hati, yang ikhlas ada perbuatan, yang murni adalah diri kita. Dalam menempuh hari-hari yang berlalu, kita telah dipertumukan dengan berbagai peringkat dan keistimewaan. Walau ianya belaku tanpa kita sedari. Sifat-sifat yang zahir tidak dapat dilakukan dengan batin. Begitu juga yang batin tidak dapat dilakukan dengan zahir. Cuma ianya boleh digunakan dengan sebaiknya bila kita menguasai akal fikiran. Manusia bukan lah boneka yang boleh digerakkan oleh daya dan tarikan. Tetapi manusia adalah kesinambungan kehidupan yang telah ditentukan.


p/s: Dalam menacapai kejayaan dalam hidup. Kita harus bersedia dan melengkapkan diri dengan setiap halangan dan cabaran. Biarpun kita di dunia ini hanya sementara. Tetapi kenikmatannya telah banyak kita rasai. Sehingga antara kita telah leka dan lalai dengannya. Ingat lah setiap detik, setiap saat, setaip waktu akan terus berlalu. Jadi kita perlulah mengimbangi antara dunia dan akhirat..insyaallah…