INSAN



Manusia sering mengharapkan kasih dan simpati pada manusia yang bergelar insan. Sejauh mana hati bertapak dalam mencari jalan penentu kehidupan. Semua terletak pada diri sendiri. Selagi kita digelar insan selagi itu kita tidak mampu mejadi sebegitu sempurna. Pasti dalam kehidupan itu banyak kesilapannya. Seharusnya diri melangkah dan berpijak pada bumi yang nyata, supaya diri tidak leka dengan buaian nikmat sementara.

Sabagai insan sudah pasti kita akan pernah berduka dan bersedih akan setiap musibah yang berlaku. Tidak semua yang kita harapkan akan mendapat balasan yang kita inginkan. Insan itu pelupa dan selalu dilekakan dengan hiburan duniawi. Selagi mana hati tak mahu berubah, selagi itu lah penderian hidup sebagai insan yang pelupa tak beranjak sedikit pun.

Kemanisan hidup ini jangan disalah tafsir, kerana didalamnya penuh jerangkap yang mampu menjerat diri sebagai insan pelupa. Banyak ruang dan jalan boleh dilalui, semua berlaku atas kerelaan hati. Tidak ada siapa yang mampu mengubah diri melainkan diri sendiri yang ingin berubah. Insan selalu melakukan tindakkan melulu tanpa memikirkan akibatnya. Kadang kala sesalan itu lebih bermakna bila hati benar-benar berubah.Tapi sesalan itu amat menyakitkan kerana keterlajuran perbuatan tidak mungkin dapat di undur kembali,. Insan itu hanya mampu berdoa dan berharap tetapi tak mampu mengubah masa yang berlalu.

p/s : sebaik-baik insan ialah sentiasa memelihara hati dari ternoda ikatan nafsu duniawi

KEDINGINAN PAGI TERASA NIKMAT



Dari awal lagi kehidupan. Setiap yang hadir itu,diatur dengan begitu indah dan warna warni. Sejenak memikir perjalan di waktu pagi. Hati masih terasa debaran akan kesejukan dingin pagi, ianya banyak menterjemah setiap helaian kehidupan yang berlalu. Pagi yang disuburi dengan kehijauan menyubur sepi dalam benak pemikiran. Apa yang pasti mata sentiasa terasa yakin akan kejadian dan kebenaran yang berlaku.

Pelbagai cerita hadir setiap kali mata dilihatkan dengan keindahan duniawi. Kisah silam mahupun yang akan berlaku. Semuanya bagai terukir menjadi tugu yang perlihatkan kejadian itu. Manusia yang terlena dibuai mimpi pagi sering terlupa akan nikmat rezeki yang di kurniakan. Mata yang penuh lesu membasuh diri dari mengenal nikmat di pagi hari. Ada yang berlumba-lumba mengejar mimpi. dan ada diantaranya bermandi peluh.

Mata yang memerhati, selalu mencetuskan ilham kehidupan. Semua hadir bagai tulisan hati yang teguris sepi dalam kedinginan pagi. Banyak penceritaan dan perwatakan. Hati selalu menzahirkan akan kehidupan itu. Rasanya sangat manis dan ada juga terselit rasa pahit. Pena ini tidak jemu melahir puisi-puisi kehidupan.
Semakin banyak yang tertulis, semakin banyak kenangan terukir. Pagilah punca penceritaan kehidupan.

p/s: kehidupan pagi mengajar erti kehidupan

Sungai Ilahi


Telah terbina sekian lama peradaban kehidupan, Semuanya berlandaskan ciptaan dan kekuasaan Allah s.w.t. Berbagai panduan mahupun ajaran semuanya meliputi isi yang tersirat mahupun tersurat. Telah lahir manusia di muka bumi ini hanya kerana terletaknya pencipataan yang menterjemah setiap helaian sejarah dan perjalan kehidupan. Manusia yang selalu dilimpahi nikmat dan hikmah selalu sahaja terlupa akan pengakhiran. Jesteru sungai-sungai ilahi menjadi ruang bagi mereka melayari kehidupan sebelum sungai menemui hujungnya.

Tatkala mata terlena dari tidur yang panjang, buaian kenikmatan dan keinginan sering menjadi jalan menemui cita-cita. Kadang kala cita-cita itu sering tergelincir dari landasannya. Manusia dengan haluan sendiri merasakan mereka mampu berdikari. Sedangkan setiap jalan itu mempunyai aturan dan panduan yang telah di tetapkan. Terasa diri itu bebas bila diri tidak di kongkong. Terasa sedih bila diri tidak dipedulikan. Mana mereka yang selalu bermegah-megah dengan nikmat ini.Cuma yang pasti kenikmatan itu bukan datang dari diri, tetapi ianya datang dari  ciptaan agong dan penuh kebijaksanaan. Allah s.w.t meletakkan tangga-tangga kehidupan supaya kita menjadi hamba-hambanya yang berfikir dan percaya.

Jatuh bangun sebuah kehidupan itu  telah menjadi takdir bagi mereka-mereka yang telah memilihnya.Satu masa manusia itu berada jauh dari jalan kehidupan sebenar. Ada di antara mereka buta, rabun dan celik.Mereka yang buta ialah mereka yang tak mampu melihat kehidupan mereka sendiri dan tercari-cari ruang dalam kegelapan. Dimana cahaya itu tersembunyi, yang kelihatan kegelapan. Mereka ini sesat dalam menemui jalan keluar dan akan terus terpesong dari menacari jalan sebenar dalam kehidupan.Dosa itu adalah jalan kehidupannya dan nereka itu pula menerangi kehidupnya

Manakala rabun itu hanya bagi mereka yang berada di pertengahan. Sentiasa hati berbelah bagi antara dua  dan sentiasa buntu mencari haluan dan jalan sebenar. Hidup mereka ini hanya menunggu ruang-ruang kebenaran dan pada masa yang sama terpengaruh dengan godaan nafsu dan keinginan. Sedar dalam hati, tetapi tak mudah membuat keputusan.Selalunya keputusan itu sering berubah dari haluan dan tujuan sebenar. Walaupun mereka sudah di temukan jalan,namun hati mereka terlalu utuh untuk meninggalkan nikmat yang sementara. Mereka ini berada antara dua, syurga dan neraka.

Celik dari tidur, mata kita sering sahaja bangun dari tidur yang panjang. Begitulah nikmatnya bila melihat keindahan alam dan ciptaan. Udara yang begitu nyaman diwaktu pagi sering membuka minda, memberi ilham dan jalan. Hati yang sering di temukan dengan ilmu, titik-titik putih, sentiasa menutup kelemahan dan kekurangan dalam kehidupan. Mereka ini sentiasa mencari jalan dan jawapan dalan persoalan kehidupan. Mereka ini juga sentiasa mengingati dan memberi peringatan pada dua golongan ini iaitu yang buta dan rabun. Sesungguhnya mereka menghidu bau syurga dan pasti akan mendapatkannya.

p/s: Sesungguhnya kehidupan itu takkan mungkin menemui sungai-sungai ilahi. Andai hati itu menjadi hitam, sentiasa rabun dan buta dari mencari jalan kehidupan.



Warkah Perjalan Hidup


    
Ketika mata terlalu tajam memerhati setiap pergerakan. Lamunan semalam, seakan-akan hampir dan menerkam kedasar hati. Sejenak memikirkan perjalan hidup ini, telah banyak simpang yang telah aku lalui dan telah banyak cabang kebenaran. Ianya betul-betul menjadi bukti akan cerita hidup ini. Diari kehidupan ini sentiasa tertulis dengan pelbagai pengembaraan. Aku selalu di kejutkan dengan dugaan dan ujian yang mendatang. Hari demi hari, nafas ku semakin kuat menghirup udara persekitaran. Aku sentiasa meredah setiap liku-liku itu, sentiasa sabar akan ujian.

     Ujian ini bukan buat ku, tetapi aku yang memilih untuk diuji, semangat atau kekuatan tidak hadir pada orang lain. Semangat kekuatan itu hadir pada diri yang kudus lagi kerdil ini.Pepatah apa yang mampu memberi kesan dan membentuk sasiah diri. Hanya nulikan kebenaran yang ada dalam diri memutus setiap helaian terjemahan dan perbuatan yang tak mungkin di ubah. Aku sentiasa diperhati dan memerhati, siapa yang terkenal dan siapa yang ku kenal. Hanya mereka yang melihat ku yang lebih mengenal akan diri ku. 

     Watak hidup ini bukan satu lakonan. Aku tidak mampu menunding jari menunjuk tangan pada hati-hati yang buta. Perbuatan atau tidakan itu bukan benar datang dari hati. Tetapi hati itu telah ternoda akan perbuatan itu. Pergerak itu bagai mencorak setiap langkah kehidupan. Yang baik itu tak mungkin dapat dilihat lagi kerana yang hitam itu sudah menjadi dakwat. Apa kan daya air yang jernih itu, bukan suatu hamparan kesucian lagi. Gelap segala pandangan, mata tertipu lagi siapa yang ingin tahu akan kebenaran ini.

     Tujuan hidup ini sentiasa berada di barisan hadapan. Menang kalah dalam pertaruhan ini belum tentu dapat menetukan pemenangnya. Dalam hidup ini kalah menang itu hanya satu penipuan dan satu hasutan. Siapa yang merelakan diri dan mebiarkan diri hanyut dengan ombak kehidupan. Pasti akan merasakan kekosongan. Hati itu tidak mati sekiranya tidak mencari ajalnya. Manusia dan diri ku adalah sama. Aku meletakkan setiap sesuatu itu sentiasa ada di atas, kerana riak-riak itu akan setiasa jauh dari hati ku. Aku sering menolak nikmat ini, tetapi selalu saja di belengu kelalaian. Buta setiap waktu, celik bila menerima tamparan ujian. Sesungguhnya aku tidak mampu berdiri sendiri tanpa ilmu dan pengalaman hidup.

p/s : Warkah perjalan itu adalah satu sejarah yang kadang kala menjadi panduan hidup sepanjang zaman

Lilin kehidupan


seutas benang yang putus tak mungkin dapat di sambung sekiranya benang itu bersimpul. Andai hidup ini sering diduga dengan musibah mahupun dugaan ianya harus dilalui dengan redha dan syukur. Sekiranya kita berputus asa, maknanya kita sama seperti benang yang bersimpul.. Benang yang putus boleh disambung kembali namun ketabahan dan pengorbanan menjadi pintu menuju kejayaan.

kehidupan ini harus diuji.Setiap ujian menjadikan kita lebih bertanggujawab, berfikiran matang  dan terbuka. Suatu masa kita akan melalui saat, dimana kita akan sentiasa diperhati orang sekeliling. Kita juga akan di jadikan contoh antara yang baik atau tidak. Bergantung pada usaha dan kerja yang kita lakukan. Kehidupan ini memang memerlukan antara satu sama lain.Manusia itu akan tergantung bila hati tidak serasi. Hakikat dalam meniti  hidup ini umpama lilin.

Pernahkah kita terfikir akan sifat semulajadi manusia. Manusia dilahirkan dari hanya segumpal darah lalu dijadikan tulang belulang dan tulang belulang itu di selaputi isi,.lalu terjadilah kita manusia. Roh ditiupkan keatas kita Sedar atau tidak Roh itu telah bersemadi besama jasad kita. Hanya kematian yang akan memisahkannya. Manusia dilahirkan dengan tanggunjawab yang berat tetapi kebanyakkan manusia itu tidak sedar akan hakikat kehidupan. 

Manusia yang rugi ialah manusia yang gagal dalam mengejar amal baiknya didunia. Ianya ibarat lilin membakar diri. Terlalu cinta kan dunia dan selalu leka menyebab diri jauh terpesong dari jalan sebenarnya. Agama mengajar kita supaya berbuat baik dan melakukan amal yang baik. Tiada agama yang mengajar manusia berbuat jahat tetapi pegangan agama itu sendiri yang berbeza. Percaya atau tidak ilmu itu tidak turun sekira tiada baginya untuk dimanafaatkan. Bagi kita yang beragama islam sering saja terlupa dan memperlekeh-lekehkan soal agama. 

Sedar atau tidak ramai antara kita sanggup berpaling dengan ajaran islam dan melanggar syariat islam. Cintakan nafsu, kecantikan dan kekayaan menjadikan diri buta dalam menilai kebaikan didunia. Manusia yang sebegini akan menajadi bahan bakaran diakhirat. Bukan di akhirat sahaja begitu, malah di dunia menjadi lilin yang membakar diri sendiri  untuk menerangi cita-cita yang diimpikan. Rugilah nilai kehidupan ini dan sia-sialah segala-galanya.

P/s: Jangan menjadi buta dalam celik. dan jangan berpura berani kalau tak tau apa akibatnya. Ingati Dunia kerana kejar akhirat, nescaya lilin kehidupan tidak akan berlaku.

Penantian


Kehidupan ini penuh dengan persoalan dan kadang-kadang ianya benar memberi dugaan dalam hidup ini. Aku yang berdiri sendiri, seolah sedang memerhati apa yang sedang berlaku. Setiap saat, hati berbicara dan berbisik-bisik. Suara merdu yang lunak di dengar sering bermain difikiran. Wajah-wajah yang didambarkan tak seindah sebuah penantian. Aku yang kini keseorangan, sebenarnya tidak terasa sunyi dengan bisikan-bisikan angin.

Sebuah harapan terbina dari keikhlasan kerana luhurnya kata-kata yang ku keluarkan. Benarlah apa yang ku fikirkan, hanya ketabahan yang menebal menjadi benteng dari aku terus terlena dalam bayangan sendiri. Kadang kala, aku tersipu malu atas hati yang kucurahkan. Mungkin jawapannya menggembirakan.Tetapi penantian itu tetap telaksana sudah.

Manusia itu sendiri delahirkan dengan penuh tanggungjawab. Manusia itu juga tahu akan hakikat penantian. Dimana letaknya harapan dan ketulusan. Semua bangun dan berdiri, bila hati bersatu kembali. Telah banyak yang kecundang dan telah banyak yang kecewa. Sesunggunya penatian itu tidak pernah berhenti. Aku percaya akan penantian ini dan aku percaya pada janji ini. Biar pun hari-hari ini begitu pahit, namun ku cuba pertahan kan juga. Titisan air mata ku ini, sudah mampu untuk meneyelimutkan aku dan melemaskan aku. Tetapi tidak sesekali aku berputus asa kerana, penantian ini sungguh bermakna dalam hidup ini.

p/s : Bertahanlah dari kecundang ditengah jalan. Bersabarlah atas dugaan, kerana penantian itu pasti berakhir.