Warkah Perjalan Hidup


    
Ketika mata terlalu tajam memerhati setiap pergerakan. Lamunan semalam, seakan-akan hampir dan menerkam kedasar hati. Sejenak memikirkan perjalan hidup ini, telah banyak simpang yang telah aku lalui dan telah banyak cabang kebenaran. Ianya betul-betul menjadi bukti akan cerita hidup ini. Diari kehidupan ini sentiasa tertulis dengan pelbagai pengembaraan. Aku selalu di kejutkan dengan dugaan dan ujian yang mendatang. Hari demi hari, nafas ku semakin kuat menghirup udara persekitaran. Aku sentiasa meredah setiap liku-liku itu, sentiasa sabar akan ujian.

     Ujian ini bukan buat ku, tetapi aku yang memilih untuk diuji, semangat atau kekuatan tidak hadir pada orang lain. Semangat kekuatan itu hadir pada diri yang kudus lagi kerdil ini.Pepatah apa yang mampu memberi kesan dan membentuk sasiah diri. Hanya nulikan kebenaran yang ada dalam diri memutus setiap helaian terjemahan dan perbuatan yang tak mungkin di ubah. Aku sentiasa diperhati dan memerhati, siapa yang terkenal dan siapa yang ku kenal. Hanya mereka yang melihat ku yang lebih mengenal akan diri ku. 

     Watak hidup ini bukan satu lakonan. Aku tidak mampu menunding jari menunjuk tangan pada hati-hati yang buta. Perbuatan atau tidakan itu bukan benar datang dari hati. Tetapi hati itu telah ternoda akan perbuatan itu. Pergerak itu bagai mencorak setiap langkah kehidupan. Yang baik itu tak mungkin dapat dilihat lagi kerana yang hitam itu sudah menjadi dakwat. Apa kan daya air yang jernih itu, bukan suatu hamparan kesucian lagi. Gelap segala pandangan, mata tertipu lagi siapa yang ingin tahu akan kebenaran ini.

     Tujuan hidup ini sentiasa berada di barisan hadapan. Menang kalah dalam pertaruhan ini belum tentu dapat menetukan pemenangnya. Dalam hidup ini kalah menang itu hanya satu penipuan dan satu hasutan. Siapa yang merelakan diri dan mebiarkan diri hanyut dengan ombak kehidupan. Pasti akan merasakan kekosongan. Hati itu tidak mati sekiranya tidak mencari ajalnya. Manusia dan diri ku adalah sama. Aku meletakkan setiap sesuatu itu sentiasa ada di atas, kerana riak-riak itu akan setiasa jauh dari hati ku. Aku sering menolak nikmat ini, tetapi selalu saja di belengu kelalaian. Buta setiap waktu, celik bila menerima tamparan ujian. Sesungguhnya aku tidak mampu berdiri sendiri tanpa ilmu dan pengalaman hidup.

p/s : Warkah perjalan itu adalah satu sejarah yang kadang kala menjadi panduan hidup sepanjang zaman