Kehilangan





Setiap yang baru pasti akan menjadi lama, macam itu lah yang hidup mesti menemui kematian. hari ini saya hendak menceritakan perkara yang berkaitan dengan kehilangan. Sudah pasti semua manusia akan merasakan perkara ini. Kehilangan bukanlah suatu perkara yang boleh di jangka atau diduga bila akan berlaku. Bila sebut pasal kehilangan, sudah pasti banyak perkara yang boleh dikaitkan. Antaranya kehilangan bila orang yang kita sayang meninggalkan kita atau kehilangan barangan atau benda yang berharga. Perkara pertama boleh dikata banyak berlaku dalam kehidupan kita iaitu bila putus cinta. Mereka akan merasa satu kehilangan dan kadang2 boleh membuat diri mereka berubah. kehilangan dengan orang yang kita sayang boleh dikaitkan dengan permergian atau kematian orang disayang selamanya, yang ini memang tak boleh di elakkan dan semua orang akan melaluinya.

kehilangan barang atau benda yang berharga sebenarnya banyak hikmahnya. Mungkin Ada sebab ianya berlaku. dulu mungkin kita seorang yang lalai atau pelupa. Tetapi bila berlaku ianya membuat kan kita lebih berhati2, Tapi selalunya kehilangan sebegini ramai yang dapat jumpa balik benda yang hilang tu. sebab utama kehilangan adalah antaranya kita cuai, pelupa dan tidak meletakkan barangan di tempat asalnya atau tercicir. saya yakin semua ni pernah di alami pada semua termasuklah saya sendiri..

p/s : Bila kita mengalami masalah ini sudah pasti kita akan tertekan dan cepat marah atau sedih, tapi sebenarnya kehilangan membuatkan sentiasa beringat setiap apa yang ada dilangit mahu pun di bumi pasti tidak kekal.. muhasabah lah diri kita adakah kita bersyukur atas semua nikmat yang kita ada..Renungkan lah..

Kesunyian



Kesunyian dan kesepian, selalunya semua akan merasa perasaan ini. sebenarnya setiap manusia memang memerlukan teman, tak kiralah apa jua keadaan dan situasi. Antara keadaan yang kita memerlukan teman ialah bila kita dalam keadaan sunyi dan sepi. Apabila dalam kesunyian, berbagai-bagai perkara akan bermain difikiran. Kadang2 ianya membuatkan kita lebih beremosi dan membuatkan hati kita mudah tersentuh. Semuanya berlaku bila diri berada dalam kesunyian dan kesepian. Sebenarnya dalam keadaan macam ni jugak , kita dapat memuhasabah diri dan masa ini jugak kita akan dapat mengetahui kelemahan dan kelebihan kita.

Dalam situasi macam ni saya ingin gambarkan diri saya dan pengalaman saya. Antara sebab jadi sunyi dan sepi adalah kerana masalah dan kadang2 kerana apa yang saya impikan tak kesampaian. Semuanya adalah disebabkan faktor dalaman, saya lemah dalam dalam mengawal emosi sendiri. Tapi semuanya buat seketika, bila sunyi saya lebih suka termenung melihat keadaan sekeliling. Sekurang-kurangnya dapat saya mencari sesuatu yang baru dan dapat
saya mengurangkan tekanan bila keseorangan.

p/s : buat kawan2 kalau yang kesunyian cepat2 cari pasangan hidup kalau adik2 pulak cari lah seramai mana kawan yang boleh, dan jangan sombong, nanti orang tak suka kan kita. sekian dari saya, yang baik jadi ikutan, yang tak elok jadi sempadan atau jurang.

Menentukan Matlamat




Bercakap pasal matlamat, pengaruh yang paling kuat dalam diri kita ialah keinginan. Keinginan selalu hadir bila kita mencapai satu tahap dimana kita memerlukan sesuatu untuk memenuhi diri. Tapi tak semua keinginan kita boleh di jadikan matlamat hidup. kita mesti lah belajar memahami dan berfikir tentang kebaikan dan keburukan. Dimana dengan cara ini matlamat sebenar akan tercapai. walaupun sebenarnya untuk capai matlamat adalah perkara yang sukar tapi kita perlu berusaha. setiap usaha akan menampakan jalan untuk sampai kepada maksud yang sebenar iaitu matlamat.

Bila bercerita pasal matlamat ni, saya masih ingat lagi cita2 pertama, masa kecil saya nak jadi doktor time sekolah rendah, dan bila masuk ke tingkatan 1 cita2 saya berubah kepada menjadi Arkitek. semuanya menggambarkan penderian saya yang tidak tetap dengan pengaruh persekitaran yang banyak mendorong kepada pemilihan matlamat saya. Dulu tak mungkin sama dengan sekarang, tetapi sekarang dapat menentukan kita di masa akan datang. Mungkin disebabkan saya terlalu muda untuk berfikir. Tapi sebenarnya perkara besar yang memungkin matlamat kita ialah minat kita. Ramai yang berjaya kerana minat dan keinginan. Percayalah matlamat sebenar adalah antara laluan-laluan kecil yang akhirnya sampai kelaluan yang lebih besar.

p/s: Matlamat atau goal semuanya ada dalam diri kita, cuma cara kita mengatur langkah dan cara mestilah betul, semoga kawan2 dapat mengambil serba sedikit tip saya ni..dan dapat jadi panduan hidup dan contoh.

Zaman Kanak-kanak



Menghitung hari yang berlalu. setiap detik dan saat yang berlalu mengingat kisah ku masa kecil. Di dalam hujan yang lebat pelbagai kisah yang sedih dan gembira dapat digambarkan sewaktu kecil ku. Masa itu aku suka bermain hujan atau mandi ketika hujan. Rasa teringat lagi pukulan pertama sebagai tanda amaran oleh orang tua ku ketika aku bermain hujan. Dan kisah aku bersama abg dan adik pergi memancing dan balik dengar pakaian yang kotor, aku semua menerima pukulan amaran kedua yang disebab kan balik lambat dan balik dengan pakaian kotor.Semuanya tergambar difikiran ku sehingga sekarang.

Pengalaman yang menyeronokkan bila aku mendapat kotak pensel warna, yang dibeli oleh orang tua ku. Aku sangat menghargainya sehingga aku selalu mengguna kan color pencil untuk melukis dan setiap lukisan aku selalu mendapat pujian tak kira lah dari guru-guru disekolah, rakan-rakan dan terutamanya orang tua ku serta atuk. Dan semua nya berlalu masih ingat lagi kata Atuk ku " cu nanti dah besar jadi orang yang bejaya dan jadi pelukis terkenal ye?" aku terus menanggukkan kepala ku. dan tersenyum.


p/s: itu lah pengalaman sedikit masa kecil yang dapat saya cerita semoga ianya dapat menjadi contoh dan ingatan baik kepada kawan2