INSAN



Manusia sering mengharapkan kasih dan simpati pada manusia yang bergelar insan. Sejauh mana hati bertapak dalam mencari jalan penentu kehidupan. Semua terletak pada diri sendiri. Selagi kita digelar insan selagi itu kita tidak mampu mejadi sebegitu sempurna. Pasti dalam kehidupan itu banyak kesilapannya. Seharusnya diri melangkah dan berpijak pada bumi yang nyata, supaya diri tidak leka dengan buaian nikmat sementara.

Sabagai insan sudah pasti kita akan pernah berduka dan bersedih akan setiap musibah yang berlaku. Tidak semua yang kita harapkan akan mendapat balasan yang kita inginkan. Insan itu pelupa dan selalu dilekakan dengan hiburan duniawi. Selagi mana hati tak mahu berubah, selagi itu lah penderian hidup sebagai insan yang pelupa tak beranjak sedikit pun.

Kemanisan hidup ini jangan disalah tafsir, kerana didalamnya penuh jerangkap yang mampu menjerat diri sebagai insan pelupa. Banyak ruang dan jalan boleh dilalui, semua berlaku atas kerelaan hati. Tidak ada siapa yang mampu mengubah diri melainkan diri sendiri yang ingin berubah. Insan selalu melakukan tindakkan melulu tanpa memikirkan akibatnya. Kadang kala sesalan itu lebih bermakna bila hati benar-benar berubah.Tapi sesalan itu amat menyakitkan kerana keterlajuran perbuatan tidak mungkin dapat di undur kembali,. Insan itu hanya mampu berdoa dan berharap tetapi tak mampu mengubah masa yang berlalu.

p/s : sebaik-baik insan ialah sentiasa memelihara hati dari ternoda ikatan nafsu duniawi