Aku Seorang Pemerhati




Bab 1 (Kisah dulu dan sekarang)

      Satu hari yang berlalu dengan pantas, aku mencari sinar harapan dengan memenuhi hati dengan jasmani yang cergas. Di mana pada pagi kebiasaan hari aku akan bangun seawal 5.45 pagi untuk membersihkan diri. Di saat itu penantian laungan sayup di pagi hari terdengar ketelinga membuatkan hati tergerak kearahnya. Aku terus mempercepatkan langkah aku dan setiap langkah itu penuh dengan tertip dan teratur. Apabila setibanya disana aku merasa tenang yang tak terhingga. Aku yakin perasaan aku itu juga, dapat dirasai oleh siapa saja yang ada disana.Setiap pagi aku melakukan perkara itu dan pada masa yang sama hati aku berbicara dengan menyebut " Syukur Alhamdullillah, aku bersyukur dengan nikmat mu, ya Allah". Apabila perkataan itu disebut di dalam hati. Aku merasakan nikmat dan ketenangan yang abadi.Tiada yang dapat melembutkan hati ini, cuma bila mendengar kalimah "Allah". Aku bukanlah seorang insan yang kuat imannya seteguh iman Rasullallah S.A.W. cuma ada kalanya kesilapan selalu mendekati aku. Antara sedar atau tidak setiap langkah dan setiap perbuatan yang belaku pada diri aku sebenarnya menjadi satu titik pengenalan pada diri.Pasti aku merasakan yang sebenarnya aku masih tercari-cari jalan untuk memperbaiki hidup ini. Benarlah mereka yang menanti kedengaran laungan sayup dipagi hari akan sentiasa terlindung dari kejahatan dan kesilapan. Pada mulanya dulu aku cuma seorang yang lalai dan leka dan selalu mengabaikan kewajipan aku. Sebagai seorang muslim sudah pasti ada banyak kewajipan yang perlu dilaksanakan.

      Pada masa dahulu, ketika aku masih belajar lagi. Aku selalu terlena panjang sehingga melupakan laungan pagi. Terlenanya aku sehingga fajar menjelma diwaktu pagi. Di saat itu aku sikit tidak merasa cemas atau gusar, walau pun aku sedar atas perbuatan aku yang tidak memperdulikan kewajipan pada yang berhak. Ketika itu aku dapat rasakan beban kesulitan dan aku selalu menyalahkan diri dan tak pernah menghargai setiap nikmat kurniaan Allah. Benarlah apa yang aku dengar dan apa yang aku fahami dari ayat ini, iaitu manusia tidak akan merasa cukup dengan nikmat yang ada diatas muka bumi ini dan ini bermakna manusia itu terlalu leka dan lalai dalam  mecari kemewahan, kesenangan. Samalah aku pada masa itu, selalu terpedaya dengan kecantikan dan keindahan duniawi. Dalam meniti hari-hari aku ketika itu, aku selalu mengambil mudah semua perkara. Terutama ketika belajar, kerap kali aku tidak menghadiri kelas, "Assignment" atau kertas kerja selalu tak siap. Pada masa itu CGPA aku merudum, sehingga banyak subject terpaksa di ambil semula. Begitu  yang berlaku pada diri aku. Namun semuanya sekarang sudah banyak perkara yang berubah pada  diri aku. Setelah aku membuat keputusan untuk meletakkan hati aku pada Allah dengan mengikhlaskan diri. Memang pada zahirnya aku seperti sukar untuk melaksanakan kewajiapan, tetapi oleh kerana keyakinan pada diri dan hati, Seolah-olah ada sesuatu yang menolak aku melakukan kebaikan. Perubahan yang belaku pada aku telah menampakkan hasil yang sebenar, dan aku merasakan ketenangan dan setiap hari-hari aku itu mudah.Walaupun ketika itu banyak dugaan, tetapi dengan tenang aku berjaya menolak. Mungkin bagi insan seperti aku perlu banyak lagi mendalami diri dan sentiasa mendekatkan diri pada Allah kerana setiap saat pasti akan ada dugaan dan cobaan yang buruk menanti. 

bersambung