KEDINGINAN PAGI TERASA NIKMAT



Dari awal lagi kehidupan. Setiap yang hadir itu,diatur dengan begitu indah dan warna warni. Sejenak memikir perjalan di waktu pagi. Hati masih terasa debaran akan kesejukan dingin pagi, ianya banyak menterjemah setiap helaian kehidupan yang berlalu. Pagi yang disuburi dengan kehijauan menyubur sepi dalam benak pemikiran. Apa yang pasti mata sentiasa terasa yakin akan kejadian dan kebenaran yang berlaku.

Pelbagai cerita hadir setiap kali mata dilihatkan dengan keindahan duniawi. Kisah silam mahupun yang akan berlaku. Semuanya bagai terukir menjadi tugu yang perlihatkan kejadian itu. Manusia yang terlena dibuai mimpi pagi sering terlupa akan nikmat rezeki yang di kurniakan. Mata yang penuh lesu membasuh diri dari mengenal nikmat di pagi hari. Ada yang berlumba-lumba mengejar mimpi. dan ada diantaranya bermandi peluh.

Mata yang memerhati, selalu mencetuskan ilham kehidupan. Semua hadir bagai tulisan hati yang teguris sepi dalam kedinginan pagi. Banyak penceritaan dan perwatakan. Hati selalu menzahirkan akan kehidupan itu. Rasanya sangat manis dan ada juga terselit rasa pahit. Pena ini tidak jemu melahir puisi-puisi kehidupan.
Semakin banyak yang tertulis, semakin banyak kenangan terukir. Pagilah punca penceritaan kehidupan.

p/s: kehidupan pagi mengajar erti kehidupan