Kasih dan Sayang





Dalam meniti kehidupan yang penuh dengan dugaan dan halangan. Manusia amat perlu bergantung antara satu sama lain. Biarlah mereka berlainan kehidupan, cara dan kedudukan. Mereka sangat memerlukan belaian kasih dan sayang. Sifat ini bukan sahaja ada pada manusia malahan ada pada setiap mahluk yang Allah s.w.t ciptakan. Berbezanya mereka dengan kita adalah Akal. Tetapi apa yang pasti manusia sekarang sudah mula menghampiri zaman kegelapan, moral-moral yang baik dan sifat kasih dan sayang sudah mula diabaikan.Sekarang ini apa yang pasti sudah banyak anak luar nikah sudah dilahirkan dan ada sebahagiannya tidak sempat mengecapi kehidupan. Semua atas kekejaman dan tampa belas kasihan oleh mereka yang telah melakukan kemurkaan zina. Sejauh mana kehidupan kita dapat membentuk sasiah hidup dan moral yang baik. Bergantung kedaan pada hari ini, nilai hormat antara manusia itu sendiri sudah jauh. Antaranya Ibu Bapa mula tidak dihormati dan anak-anak sudah mula memberontak. Malahan sifat bantu-membantu antara saudara atau jiran-jiran sudah menipis. Ini adalah kerana sikap pentingkan diri dan tidak ada sifat kasih sesama sendiri.

p/s: Disini dapat dijelaskan tetang Moral kehidupan sekarang yang tidak mementing kasih dan sayang, hormat-menghormati antara satu sama lain, mereka lebih mengejar keseronokkan sedangkan semua adalah sementara, jadi ingat lah kawan-kawan janganlah kita lalai dan leka..



Berfikir atau " Hard Thinking"




Setelah menjalani kehidupan kita seharian, sudah pasti berbagai-bagai perkara bermain difikiran kita. Dengan cara hidup kita yang sentiasa berubah dan tanggungjawab dan beban yang banyak menyebabkan kita banyak berfikir. Seperti apa yang kita ketahui, berfikir boleh menjadikan kita lebih matang dan mempunyai fikiran yang terbuka. Bersesuaianlah kita sebagai manusia yang dikurniakan Allah S.W.T akal dan fikiran. Manusia sejak dari mula dijadikan, sudah mempunyai akal fikiran dan semuanya berlaku secara berperingkat. Semua peringkat itu akan dilalui oleh manusia dari mula dalam rahim ibu hinggalah dewasa.

Berfikir membuat kita lebih yakin dengan tindakan kita bermula dari percakapan hinggalah kepada perbuatan kita. Orang yang berfikir sebelum bertindak adalah orang yang bijak. Tetapi orang yang tidak berfikir sebelum bertindak adalah orang yang rugi. Rugi pula bagi orang yang berfikir tetapi tak pernah bertindak untuk mengubah diri sendiri. Begitu juga orang yang tak berfikir serta tidak bertindak. Mereka yang berfikir sudah pasti tingkah laku dan perbuatannya dijaga. Berfikir jugak dapat memuhasabah diri supaya menjadi manusia yang berguna.

Berbeza dengan orang yang kuat berfikir. Berlebih-lebihan berfikir boleh menyebabkan stress, ini akan menyebabkan diri hilang keyakinan dan badan mula menjadi lesu. Bagi yang kuat berfikir adalah lebih baik sekiranya mereka mencari teman yang boleh di kongsi masalah. Selalunya orang yang "hard thinking" lebih sensitif dan mudah tertekan. Bagi mengelakkan masalah bergini terjadi adalah lebih baik untuk kita muhasabah diri dan sentiasa dekat kan diri pada Allah S.W.T Mudah-mudahan Allah S.W.T akan mempermudahkan kehidupan kita seharian.

p/s: kelebihan yang baik bagi kita adalah akal jadi gunalah akal dan berfikir sebelum melakukan sesuatu perbuatan, yang baik kita ambil yang tak baik buang jauh-jauh.

Kisah Kawan


Hari ini saya ingin bercerita tentang kisah seorang sahabat. Kisah bermulanya saya kenal dia ,bila saya mula dihantar untuk bertugas disebuah sekolah dan sehingga kini saya masih bertugas di sekolah tersebut. Kisahnya sahabat saya ini seorang yang bertugas sebagai pengawal keselamatan dan yang penting usianya muda setahun dari saya. Walaupun saya baru kenal tak sampai dua tahun tetapi apa yang pasti dia mempunyai kelainan yang tak ramai orang ada terutama pada muda mudi sekarang ini. Bayangkan usia muda dia berkerja sebagai pengawal keselamatan. Kadang-kadang dengan perkerjaannya itu dia mendapat cemuhan dan kata-kata sindiran daripada kawan-kawan dia.

Hari-hari telah berlalu bulan demi bulan sehinggalah cukup satu tahun saya kenal dia. Sudah banyak surat permohonan kerja dihantar dan temuduga dia dah pergi, tapi tak satu pun yang dapat. Apa yang pasti, dia mempunyai diploma dan mungkin nasib tak menyebelahinya sampai sekarang jadi pengawal keselamatan. Dugaan yang kuat diterima dalam usia muda macam ini, sifat dia yang tak memilih kerja kadang–kadang membuatkan saya terfikir sendiri." tak ramai antara kita yang sanggup jadi jaga atau pengawal keselamatan dalam usia muda macam ini".



Kisah kawan ini lagi, dia ni tak pernah bercinta , mungkin sebab muka dia yang comel dan kecik-kecik orangnya. Dia ni dulu pemalu dan merendah diri sangat sampai nak ajak keluar minum pun payah . Dia ini dah macam perempuan duduk rumah saja. Tapi sejak saya ajar dia guna laptop online internet, baru lah Nampak perubahan kat dia. Dia ni bukan tak “hansem” tapi boleh lah. Selalu jugak kawan dia kutuk dia tak ada mak we, tapi dia buat tak kisah je. Dah kutuk tak de makwe tak pelah kena hina pulak, dia orang cakap macam ni “ muka macam kau ni ada ke orang nak? kerja pun jaga je?” begitulah cerita dia dengan saya. Terasa geram jugak. Tapi saya suruh dia bersabar je. Tetapi jangan tak percaya yang dia ni pandai ambil hati perempuan dah ramai perempuan syok kat dia. Sampai dia dapat awek cun. Time tu member yang kutuk dia jelous gila. Bila di fikir-fikir balik, Allah itu adil. Dan sekarang ni saya tengok dia banyak berubah. Mungkin dah matang.

p/s: kebaikan yang boleh dia ambil kat sini adalah sikap tidak memilih kerja dan sifat sabar ,tak semua boleh sabar bila dicemuh dan tak ramai muda mudi yang nak berkerja sebagai pengawal keselamatan. Setiap orang mempunyai kehidupan dia yang tersendiri jadi janganlah kita menghina kehidupan orang lain sedangkan kesempurnaan itu hanya layak diberi oleh pencipta Kita iaitu Allah S.W.T. Jadi muhasabah diri sebelum melihat kelemahan orang lain.

Sedih



Sudah pasti dalam diri kita akan mengalami perasaan sedih bila berlakunya perkara yang melibatkan "memory" atau dalam bahasa melayunya ingatan. Semua ini berlaku dengan dengan tidak kita ingini dan kadang-kadang memberi kesan yang dalam pada jiwa dan hati seseorang. Antara perkara-perkara yang membuat kan kita sedih adalah bila putus cinta, bila orang yang kita sayang sakit, bila berlaku kematian, bila dimarahi ata dibuli dan banyak lagi.

Hari ini saya ingin menceritakan sedih bila orang yang kita sayang, sakit dan sakitnya tidak boleh sembuh. Kadang-kadang Allah menguji kita dengan berbagai-bagai ujian dan kesulitan supaya kita lebih tabah dan bersabar. Di situ, maka akan lahirlah rasa kasih dan cintanya kita pada orang itu. Biar sekejap mata melihat wajah orang yang tersayang yang menahan kesakitan. Ianya sudah cukup untuk membuatkan kita bersedih dan rasa sebak.

Suatu masa yang singkat untuk saya mengenali insan yang paling sayangi selain kedua ibubapa iaitu gadis yang dulunya tersenyum dan sentiasa menghiburkan hati. Tapi kini semua berubah setelah gadis yang saya cintai mempunyai sakit. Dulu semasa dia tersenyum, sayalah orang yang suka menyakiti dan mempermainkan perasaanya. kadang-kadang saya sendiri tak sedar, yang perkara itu telah melukai hatinya. Biar pun kerap kali hatinya terguris, namun dia mampu tersenyum dan mengeluarkan kata-kata yang halus dan sedap didengar. Dalam kehalusan sentuhan kata-katanya rupanya ia merahsiakan sesuatu dari saya. Rahsia itu saya ketahui bila saya memaksa dia berterus terang. Akhirnya dia menyatakan yang dia sakit. Sungguh sebak hati ini sehingga Allah sahaja yang tahu akan kebenarannya. Dan dengan kekurangan yang ada pada diri saya. Saya telah melepas kan dia pergi.Hari tu membuatkan hari-hari saya sedih selalu. Begitulah kisah sedih saya. Walaupun sebenarnya banyak lagi kisah sedih saya dan saya pasti ramai di sekeliling saya yang sedang bersedih.

p/s : Sedih adalah anugerah Allah yang tak ternilai, sedih membuat kan kita lebih kasih dan sayang. Semuanya merapat kan diri kita kepada orang tersayang. kepada teman-teman hargai orang tersayang jangan lah bersedih sekiranya orang yang kita sayangi meninggalkan kita.

Pilihan Hidup




Dalam kita menempuh kehidupan ini, semua harus memilih jalan mereka sendiri, biar pun semua manusia mencari jalan mereka sendiri. Semua bergantung atas usaha mereka sendiri. Bermula dari zaman kanak-kanak kita sudah diajar dengan berbagai-bagai cara untuk berdikari. Antaranya ialah dari kita merangkak sehiggalah kita pandai berjalan, Dari kita mula hendak pandai berkata-kata sehinggalah kita pandai membaca. Bukan mudah untuk kita memilih jalan dan mengatur langkah untuk meneruskan perjalanan hidup ini. Dengan ilmu dan pengalaman kita itu dapat lah kita menempuh setiap halangan dan cabaran, tetapi sekiranya perkara itu adalah sebaliknya mungkin kita tak dapat bersaing antara satu sama lain. Dalam mengejar sesuatu yang bermakna dalam hidup ini, cara berfikir adalah sangat penting sekali. Ramai antara kita yang kecundang kerana tidak berfikir sebelum memilih jalan dan ada juga yang terpengaruh dengan orang lain.

Setiap orang ada tujuan masing-masing dan masing-masing juga ada cipta rasa mereka yang tersendiri. Bab memilih, ada macam-macam seperti memilih calon isteri, memilih kerja, memilih jalan hidup dan banyak lagi. Semuanya terletak pada tangan kita sendiri dalam menentukan segala-galanya..

p/s : Dalam bab ini, sebenarnya semua jalan dalam hidup kita. Kita yang tentukan , jika kita dorong kepada jalan kebaikan dan kesempurnaan insyaallah kita akan terdorong kejalan itu..

Senja




Biar hari-hari berlalu, sudah pasti ianya akan sampai kepada senja. Begitulah hidup manusia dari mula dilahirkan sehingga akan sampai ke hujung usia. Di saat ini, tiada apalah yang dapat dibawa cuma menunggu hari yang pasti tiba. Biar kaki sudah melangkah jauh dengan beribu pengalaman hidup. Tetapi, sia-sia lah sekiranya pengalaman itu tidak membawa kita kepada kebaikan kita di waktu senja atau sesudah itu. Melangkah ketika hari semakin senja, cuma akan mengingatkan kembali pada hari yang subuh yang rasanya hanya sekejap berlalu. Jangan di tangis atau dikesali perbuatan yang lampau. Cuma diingati hasil yang dibawa, sekiranya terkurang cukup-cukupkan lah, sekiranya rasa berlebihan bertahan lah. Semuanya adalah Ujian yang sebenar yang harus kita tempuhi bila usia semakin senja.

Beringatlah pada usia ini, jangan lah dilakukan perkara-perkara yang dilaknat atau di benci oleh Allah. s.w.t. kerana masa ini sahaja yang dapat untuk kita mempercukupkan amal kita. Jangan lah diingat pada yang lalu dan Haruslah dikesalkan pada hari ini. Jangan ditangguh atau dilengah, tetapi berusaha untuk mencapai kebaikan.

p/s: dalam tajuk ini saya mengisahkan tentang usia kita, semua kehidupan mahupun manusia pasti akan sampai kehari tua. Disitu kita belajarlah memperkuatkan iman dan amal.. insyaallah..

Cerita Kehidupan Di bumi




Semuanya berlalu dan terus berlalu, yang hidup mesti mengembara. Begitulah Alam penceritaan, yang jauh adalah usia kita dan yang hampir adalah kematian kita. Semuanya adalah cerita yang setiap manusia akan lalui. Bermula dari alam kehidupan kita dan mahupun kehidupan lain, semuanya akan berusaha mencari keselesaan dan ketenangan. Tidak ramai yang berjaya dalam mencapai keselesaan dan ketenangan tersebut, cuma yang pasti manusia akan terus berlumba-lumba mencari. Tiada kehidupan yang hidupnya sama selamanya. Cuma yang pasti kejayaan dalam pengembaraan hidupnya mesti sampai kepada sasaran. Sasaran yang dimaksudkan ialah kematian. Dimana jadi lah kita orang yang sentiasa beringat iaitu beringat pada kematian. Dan itu lah ketenangan hidup yang Abadi yang diberi Pada Allah s.wt.

p/s: kawan2 dalam mencari jalan hidup jangan lah kita lupa akan Alam lain iaitu alam Akhirat.. tak kiralah berapa hebat nya hidup kita dibumi ini..yang pasti yang hidup pasti menemui mati melainkan Allah s.w.t

Lihat Diri di Cermin




Wajah adalah antara anugerah yang paling besar dikurniakan oleh Allah. Setiap manusia mempunyai berbeza-beza rupa wajah mahupun warna. Semuanya melihatkan kita tentang diri dan mengambarkan peribadi kita. tak semua manusia yang cantik rupanya akan mempuyai hati cantik. Ini semua bergantung kepada, di mana terletaknya hati mereka. Hati manusia belajar dan terus mencari perubahan. Sebab itu kita mestilah memperbanyakkan melakukan perkara yang baik..dan tinggalkan perkara yang buruk. Biarlah orang lihat rupa kita seumpama hati kita. bagi yang rupa kurang jangan lah merendah diri, kerana semulia-mulia manusia ialah manusia yang mempunyai hati yang cantik yang belajar dari kesilapan dan membuat kebajikan kepada orang lain.

Peliharalah kecantikan rupa, hati dan perbuatan. Dimana ianya kan menampakkan hasil yang cantik diwajah kita. orang yang melihat kita pasti akan merasa senang. dan akan menjadikan kita sebagai contoh yang baik. Percayalah, pada ketentuan hidup yang Allah aturkan untuk kita. Bila cantiknya hati maka cantiklah keseluruhan diri kita.

p/s: kepada rakan2 pelihara lah peribadi selaras dengan rupa dan hati, supaya kita jadi insan yang di hormati dan di sayangi..

Kehilangan





Setiap yang baru pasti akan menjadi lama, macam itu lah yang hidup mesti menemui kematian. hari ini saya hendak menceritakan perkara yang berkaitan dengan kehilangan. Sudah pasti semua manusia akan merasakan perkara ini. Kehilangan bukanlah suatu perkara yang boleh di jangka atau diduga bila akan berlaku. Bila sebut pasal kehilangan, sudah pasti banyak perkara yang boleh dikaitkan. Antaranya kehilangan bila orang yang kita sayang meninggalkan kita atau kehilangan barangan atau benda yang berharga. Perkara pertama boleh dikata banyak berlaku dalam kehidupan kita iaitu bila putus cinta. Mereka akan merasa satu kehilangan dan kadang2 boleh membuat diri mereka berubah. kehilangan dengan orang yang kita sayang boleh dikaitkan dengan permergian atau kematian orang disayang selamanya, yang ini memang tak boleh di elakkan dan semua orang akan melaluinya.

kehilangan barang atau benda yang berharga sebenarnya banyak hikmahnya. Mungkin Ada sebab ianya berlaku. dulu mungkin kita seorang yang lalai atau pelupa. Tetapi bila berlaku ianya membuat kan kita lebih berhati2, Tapi selalunya kehilangan sebegini ramai yang dapat jumpa balik benda yang hilang tu. sebab utama kehilangan adalah antaranya kita cuai, pelupa dan tidak meletakkan barangan di tempat asalnya atau tercicir. saya yakin semua ni pernah di alami pada semua termasuklah saya sendiri..

p/s : Bila kita mengalami masalah ini sudah pasti kita akan tertekan dan cepat marah atau sedih, tapi sebenarnya kehilangan membuatkan sentiasa beringat setiap apa yang ada dilangit mahu pun di bumi pasti tidak kekal.. muhasabah lah diri kita adakah kita bersyukur atas semua nikmat yang kita ada..Renungkan lah..

Kesunyian



Kesunyian dan kesepian, selalunya semua akan merasa perasaan ini. sebenarnya setiap manusia memang memerlukan teman, tak kiralah apa jua keadaan dan situasi. Antara keadaan yang kita memerlukan teman ialah bila kita dalam keadaan sunyi dan sepi. Apabila dalam kesunyian, berbagai-bagai perkara akan bermain difikiran. Kadang2 ianya membuatkan kita lebih beremosi dan membuatkan hati kita mudah tersentuh. Semuanya berlaku bila diri berada dalam kesunyian dan kesepian. Sebenarnya dalam keadaan macam ni jugak , kita dapat memuhasabah diri dan masa ini jugak kita akan dapat mengetahui kelemahan dan kelebihan kita.

Dalam situasi macam ni saya ingin gambarkan diri saya dan pengalaman saya. Antara sebab jadi sunyi dan sepi adalah kerana masalah dan kadang2 kerana apa yang saya impikan tak kesampaian. Semuanya adalah disebabkan faktor dalaman, saya lemah dalam dalam mengawal emosi sendiri. Tapi semuanya buat seketika, bila sunyi saya lebih suka termenung melihat keadaan sekeliling. Sekurang-kurangnya dapat saya mencari sesuatu yang baru dan dapat
saya mengurangkan tekanan bila keseorangan.

p/s : buat kawan2 kalau yang kesunyian cepat2 cari pasangan hidup kalau adik2 pulak cari lah seramai mana kawan yang boleh, dan jangan sombong, nanti orang tak suka kan kita. sekian dari saya, yang baik jadi ikutan, yang tak elok jadi sempadan atau jurang.

Menentukan Matlamat




Bercakap pasal matlamat, pengaruh yang paling kuat dalam diri kita ialah keinginan. Keinginan selalu hadir bila kita mencapai satu tahap dimana kita memerlukan sesuatu untuk memenuhi diri. Tapi tak semua keinginan kita boleh di jadikan matlamat hidup. kita mesti lah belajar memahami dan berfikir tentang kebaikan dan keburukan. Dimana dengan cara ini matlamat sebenar akan tercapai. walaupun sebenarnya untuk capai matlamat adalah perkara yang sukar tapi kita perlu berusaha. setiap usaha akan menampakan jalan untuk sampai kepada maksud yang sebenar iaitu matlamat.

Bila bercerita pasal matlamat ni, saya masih ingat lagi cita2 pertama, masa kecil saya nak jadi doktor time sekolah rendah, dan bila masuk ke tingkatan 1 cita2 saya berubah kepada menjadi Arkitek. semuanya menggambarkan penderian saya yang tidak tetap dengan pengaruh persekitaran yang banyak mendorong kepada pemilihan matlamat saya. Dulu tak mungkin sama dengan sekarang, tetapi sekarang dapat menentukan kita di masa akan datang. Mungkin disebabkan saya terlalu muda untuk berfikir. Tapi sebenarnya perkara besar yang memungkin matlamat kita ialah minat kita. Ramai yang berjaya kerana minat dan keinginan. Percayalah matlamat sebenar adalah antara laluan-laluan kecil yang akhirnya sampai kelaluan yang lebih besar.

p/s: Matlamat atau goal semuanya ada dalam diri kita, cuma cara kita mengatur langkah dan cara mestilah betul, semoga kawan2 dapat mengambil serba sedikit tip saya ni..dan dapat jadi panduan hidup dan contoh.

Zaman Kanak-kanak



Menghitung hari yang berlalu. setiap detik dan saat yang berlalu mengingat kisah ku masa kecil. Di dalam hujan yang lebat pelbagai kisah yang sedih dan gembira dapat digambarkan sewaktu kecil ku. Masa itu aku suka bermain hujan atau mandi ketika hujan. Rasa teringat lagi pukulan pertama sebagai tanda amaran oleh orang tua ku ketika aku bermain hujan. Dan kisah aku bersama abg dan adik pergi memancing dan balik dengar pakaian yang kotor, aku semua menerima pukulan amaran kedua yang disebab kan balik lambat dan balik dengan pakaian kotor.Semuanya tergambar difikiran ku sehingga sekarang.

Pengalaman yang menyeronokkan bila aku mendapat kotak pensel warna, yang dibeli oleh orang tua ku. Aku sangat menghargainya sehingga aku selalu mengguna kan color pencil untuk melukis dan setiap lukisan aku selalu mendapat pujian tak kira lah dari guru-guru disekolah, rakan-rakan dan terutamanya orang tua ku serta atuk. Dan semua nya berlalu masih ingat lagi kata Atuk ku " cu nanti dah besar jadi orang yang bejaya dan jadi pelukis terkenal ye?" aku terus menanggukkan kepala ku. dan tersenyum.


p/s: itu lah pengalaman sedikit masa kecil yang dapat saya cerita semoga ianya dapat menjadi contoh dan ingatan baik kepada kawan2

Balik Kampung




.......

Sekian lama menyepi... akhir nya Dapat juga...saya menulis blog lagi... kesibukan hari2 dalam bulan ramadhan dan hari Raya Aidifitri telah menidak mungkin kan misi untuk saya menupdate blog saya.. ketidak hadiran saya selama beberapa minggu memungkin perbagai kisah yang lucu dan bukan ideotis...yang hanya memungkin kan sesebuah cerita mensensasikan dapat saya kongsikan.. nampak nya sudah jauh perjalan cerita saya yang tiada matlamat ni... sebenarnya gambar yang diatas tu gambar masa bulan puasa yang tak sempat nak di ceritakan.. perjalanan dari Sungai Besar ke...Negeri9 kampung saya dengan kelajuan kereta yang saya bawa ini memungkin kan masa yang agak singkat iaitu 4 jam lebih....bercampur dengan gelagat pemandu lain yang agak melucukan dan mengecewakan.... semua nya berlalu dengan pantas...Bercerita pasal gelagat... Al kisah nya pembonceng motorsikal yang berhelmet kan viser atau ayeshield muka...dengan structure muka yang kulup apabila dipakai..telah memotong kereta saya dengan kelajuan maksimum motor tersebut dengan RPm cecah dinding meter yang dapat memberi pecutan 120km sejam..ini memberi kesan kepada helmet penunggang ???...
helmet hampir2 mejadi supermetman...yang terapung dan hampir mau terbang dari kepala penunggang tu... hahahahaha... saya tergelak kan penunggang tu...dan akhirnya penunggang itu cuba memecut kepada 90km sejam dengan muka yang beralaskan kulit Pipi yang tebal dan melihat saya tergelak didalam kereta....hahahahaa...

Mengenal Diri




Kadang apa yang kita lihat dalam diri kita seolah-olah sempurna.Tapi sebenarnya kita lah antara insan yang lemah dan kerdil. suka bermegah2 mencari kesempurnaan hidup dan kesenangan.Tak semua yang hadir dalam diri kita itu adalah yang baik tapi ada juga sebaliknya. mencari dan mengenal diri adalah satu cara jalan yang terbaik. bukan mudah mentafsir diri sekiranya kita tak mengenal diri sendiri. berdikari mengajar kita jalan untuk mencintai diri.Mencintai diri tanda kita bersyukur kepada Allah. Cinta kan diri bermaksud untuk cintanya kita pada jasad dan roh kita ianya untuk bekalan kita hidup dunia dan hidup akhirat.lihat lah cermin perhatilah mata kita sendiri, lihat lah semua yang ada di muka.. adakah kita fikir tentang rupa kita yang cantik,atau sebaliknya. beringat lah.. tiada apa yang pasti..dan tiada apa yang fantasi.. mencari diri adalah sifat yang mulia.. ini bermaksud kita memunasabahkan diri..tak semua yang berjaya dalam muhasabah diri.. ini bermakna dia tidak cukup bagi kita untuk mengenal diri kita sendiri.. ingat lah kehidupan adalah ciptaan Allah tiada lah sempurna bagi Allah dan kita..bila kita tak bersyukur.. carilah jalan untuk membuka hati kita.. cari lah diri kita.. dan carilah kehidupan kita, baru lah kita boleh belajar mengenali orang lain..

BinTaNG KeLaHiraN





CanCer.... ni Bintang Kelahiran akU.... AKu SenDiri PuN...taK tau apa Yang Dimaksudkan Dalam bintang kelahiran... tapi APa....pun...
CanCer... Bintang....Untuk MEnyepit ...seBab Itu Je yang saya boleh lihat .. kalau menyepit makna nya orang Macam Ni DiA JeNis yaNG SeSitif..PanTanG Di Sentuh NanTi MuDAH menYePit..Huhu..hu..Saya adA ke CIRi2 Mcm Tu ke... APa-Apa Pun MEnGenaLi SeseORanG AdaLah Lebih BAik..DAri MEnTafsir SeseOrang Sedang Kan KiTa TiDAk Kenal...
"O"


SeLamAT BerPuAsA



Di bulan yang mulia ini..bersama2 lah kita mempertingkat amal.. semoga dosa kita terampun.. kepada kawan2 semoga puasa tahun ni kita sambut dengan hati dan jiwa yang bersih dari dosa.. kalau tahun lepas kita ponteng puasa, tahun ni kita cukup kan, kalau tahun lepas tak sembahyang terawih, tahun ni kita tunai solat terawih berjemaah.. kalau kita kurang baca Al-Quran bulan ni Kita cuma khatam Al-quran.. insyaallah.. pintu2 keampunan dari Allah akan hadir di setiap hati2 kita..dan jangan lah lupa kewajipan menunaikan Solat fardhu.. yang wajib di dahulukan dari yang sunat..
....sama2 lah kita muhasabah diri....



KhURsuS InDukSi PoRt DicKsoN





ni...kerja si abee dia suka ambil gambar.... ni gambar pemandangan senja di depan hotel kat Port Dickson... time ni aku tak de... sibuk siap kan assignment group kat bilik..


TeAm RooM MaSa InDukSi





Team Room masa Induksi ni semua nya muka tidur masa bagi taklimat... cuma aku je... yang tepi kiri abg Dollah...aku dan member lain panggil pak lah je..yang kedua dari kiri nama dia muzamir sama kerja dengan aku Juruteknik komputer. yang tengah-tengah tu nampak ble sikit... tapi layan je nama dia fadhil dan sebelah dia tu....aku...tak lupa yang last sekali belah kanan nama dia kita orang panggil abee...pasai dia orang kelantan... tapi cakap biasa tak macam orang kelantan... ni lah team room induksi....ada sorang tak cukup tok penghulu...lambat sangat..jadi tekap gambar yang mana yang ada...


AkTi viTi Di DeWaN





ni lah antara aktiviti kita orang semua. nampak je abee...tengah fokus dengar ceramah... jangan tak tau dia tengah tengok awek tu....

yang aku pulak asyik melukis je... dah memang hobi nak cakap apa lagi... gambar yang aku lukis masa tu ada kat blog hobbies aku...

si brother Amir pulak asyik termenung je... asyik fikir nak balik je....maklum lah ingat bini kat rumah....

ni lah keadaan dalam dewan macam boring je.



CeRamAH DaN AKtiviTi


semua tekun dengar.... tapi jangan tak tau....ramai yang tertidur
pasal boring .... 2 jam satu sesi...tu..



ni lah kerja budak 2 orang ni suka buat kerja tak berfaedah...
duduk belakang usik orang depan..


pengucapan awam...
kerja amir senang je...
baca dari awal sampai akhir



AkTiViTi KaT BiLik HoTeL



ni kerja amir tidur.... penat agak nye....
yang tiga orang buat kerja masing2...
sorang online chating ...yang lain taip msg...
bagus dia orang ni...



yang diorang ni....tengok tv...dah sampai pagi
besok lambat pergi dengar taklimat...
memang group kita orang muka lambat je...