Kasihnya Ibu





Kasihnya Ibu membawa kesyurga, begitulah ungkapan yang jelas tentang berapa tingginya nilai seorang ibu. Lihatlah bertapa indahnya hidup ini kerana kita mampu lagi bernafas dan ingatlah sekiranya kita tidak dilahirkan mana mungkin kita dapat menikmati kehidupan ini. Ibu adalah anugerah yang berharga dan tidak boleh di nilai dengan apa-apapun. Banyangkan seorang ibu mengandungkan seorang anak, betapa sukarnya dia untuk melakukan tugas-tugas harian dan sukarnya dia untuk membawa beban yang ada di dalam kandungan. Tapi ibu itu tak pernah keluh kesah malah tabah melalui kehidupannya.

Bila sampai waktu melahirkan anak, masa inilah yang paling sukar bagi si ibu. Kerana si ibu tadi terpaksa berhadapan dengan kesakitan yang boleh membahayakan diri mereka. Oleh kerana naluri seorang ibu yang kuat, maka ibu tadi sanggup berkorban nyawa untuk si anak. Bayangkan dengan kesakitan itu. Mungkin kita sebagai anak tak pernah merasakanya, terutama anak lelaki. tetapi beringatlah setiap perbuatan yang menyakiti hati ibu kita, balasannya adalah segera dari Allah s.w.t.



Ketika zaman kanak-kanak, ibu lah pendorong dan penghibur. Tetapi tidak semua orang dapat merasainya. Ada antara kita yang Ibunya lebih awal meninggalkan alam dunia ini. Bila di perhatikan sebenarnya banyak pengorbanan ibu telah kita rasai dan yang paling utama ialah kasih sayang. Tak semua orang mendapat kasih sayang yang sempurna. Tetapi bersyukurlah atas semua nikmat yang kita perolehi. Ibu ialah pewaris kepada keturunan yang baik-baik. Seorang ibu yang baik sudah pasti mempuyai peribadi yang baik.

Menjangkau umur remaja, ibu lah yang memberi banyak kebebasan kita dalam memilih jalan hidup. Dalam memilih jalan hidup, masih ramai jugak yang tersalah memilih jalan. Antara mereka Adalah anak derhaka, anak yang tidak hormat orang yang lebih tua, anak yang tidak kasihkan ibu dan bapanya, anak yang sanggup memalukan ibu dan bapanya kerana maksiat dan banyak lagi. Perkara ini sudah banyak berlaku. "Apakah perasaan seorang Ibu bila anaknya derhaka?". Tanyalah diri kita bila orang yang kita percaya menkhianati kita, samalah macam ibu tadi, rasa sedih dan kecewa. Tapi kalau diperhatikan banyak ibu yang bersabar dari seorang anak.



Di masa kini sudah banyak ibu yang melahirkan tuanya. Bila kesedaran tidak ada pada diri kita, maka rasa kasih kita kepada keluarga dan pada ibu pasti tiada lagi. Semuanya ini akan menjadikan kehidupan masa kini menjadi teruk dan tamadun manusia semakin berakhir dengan zaman jahil(jahiliah), pada waktu ini wanita tidak lagi dianggap bernilai dan maruah mereka sering dicabul dan ada juga yang merelakan. Peritnya hati ibu kita bila ia terasa tersiksa dengan perbuatan kita.



Ibu adalah hati yang menyinari hari-hari kita, bila terpadamnya dia, makan berakhirlah kita. hidup tanpa kasih sayang boleh merosakan hati, tetapi hidup yang penuh kasih sayang melahirkan peribadi yang mulia. Ibu lah pencorak langkah kita, dia lahyang melahirkan kita sebagai insan yang sempurna dan berakal.

p/s: Ingatlah teman, sentiasa lah mingingati ibu kita. kalau jauh rajinlah call tanya kabar. Ibu kita ada satu jika dia tiada, tiada lah kita berjumpanya lagi. cuma doa saja yang dapat kita hadiah kan. Di bawah ini ada kata nukilan hati dari sahabat saya tentang Ibunya yang sudah tiada, hanyatilah:


IBU…. Ibu… Berderai airmataku tatkala aku membaca Yasin dihadapan pusaramu Jatuh bercucuran bak hujan dikala hari saat aku mengenangkan pengorbananmu Belum sempat aku membalasnya takdir telah menjemputmu pulang terlebih dulu Dikau pergi saat aku masih perlukan belaianmu Ibu… Kukirimkan sebaris doa senada kasih sayangku Tidak terbanding kasihmu bak seluas langit membaluti bumi kedinginan Pergimu dengan keredhaan bersatu dalam kehilangan dipandangan sepiku Anakmu didunia ini akan meneruskan perjalanan bersama pesan dan amanahmu


Ibu… Betapa aku amat merindui dirimu yang telah lama lena dalam pembaringan Setiap belaianmu tika membesarkan aku bersemadi kukuh dalam hatiku Syahdu dan pilu rasanya berjauhan darimu walau bukan itu pintaku Aku redha dan ikhlas dalam langkahmu menuju ILLAHI Ibu… Walau seketika anakmu alpa Kasihmu sentiasa menjadi ingatan abadi bagi diriku Membawa hidayah keinsafan seorang anak Dalam menjalani kehidupan duniawi Ibu… Bersemadilah dengan aman Semoga rohmu diberkati Yang Esa Doaku tidak pernah hilang meniti bibirku buatmu sentiasa Dikaulah ibu didunia dan akhiratku.


Nur Iman