Berperang dengan emosi bukanlah jawapan pada penyelesaian

Dalam mejalani hidup yang mencabar, sudah pasti berbagai rintangan dan ujian harus dilalui. Namun tak semuanya kita mampu hadapi. Kadang-kadang ianya memerlukan perkongsian dan pandangan dari orang lain. Hidup ini penuh dengan keinginan dan kemahuan. Semua berlaku kerana cinta, kerana cinta itu mengajar kita akan sifat kasih dan sayang. Dari sifat itulah akan lahir pengorbanan. Sudah menjadi lumrah tak semua perkara kita boleh capai. Mencintai seseorang memang mudah, tapi tidak mudah bagi kita memilikinya. Jangan mudah bersedih, tapi hulurkanlah tangan dan berdoa atas sesuatu yang berlaku. Kerana setiap perkara  itu pasti ada jalan keluarnya.

Mengapa diatara kita mampu melihat kesilapan dan kelemahan orang lain. Sedang kita tahu kelemahan itu ada juga pada diri kita. Jangan mudah menyalahkan diri, kalau orang tak suka akan kita. Tetapi bersedia dan menerima apa yang terjadi. Samalah apabila kita mencintai seseorang, jangan salahkan dia atau diri sediri kalau kita tak dapat bersama dengan dia. Sudah dijadikan perasaan manusia itu berbeza-beza, Tidak semua perkara cantik di mata kita, akan cantik dimata mereka. Kerana semua mahukan kesempurnaan.

Manusia itu ada mempunyai kelebihan dan kekurangan jadi janganlah kita mudah alpa. Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kesempurnaan yang berbeza. Tidak perlu takut atau bimbang atas kekurangan dan kelebihan itu. Cuma kita perlu fikirkan jalan terbaik dalam hidup kita. Memilih sesuatu jangan dilihat pada luaran semata-mata tapi pilihlah atas perkara yang maya iaitu yang tersirat dihati. Kerana hati itulah akar kepada pohon hidup. sekiranya rosak hati itu maka matilah  pohon itu biarpun cantik luarnya tapi dalamnya penuh dengan penderitaan dan kesengsaraan.

Berapa lama harus bersedih atas sesuatu yang tak pasti tiba, sampai bila kita harus menyalahkan diri dan dia. kenapa kita tidak berusaha mencari sesuatu yang lebih baik yang sedang menanti kita. Kitalah yang harus mencipta pengorbanan itu. kerana pengorbanan itulah jalan terbaik dalam hidup. Sesiapa pun pasti pernah membuat pengorbanan. Cuma pengorbanan itu berbeza pada setiap orang.

p/s: lihatlah mata kita di cermin dan bayangkan kehidupan kita dan orang yang kita cinta, sanggupkah kita berkorban demi mereka. Adakah kita sudah cukup lengkap untuk memberi mereka sesuatu yang terbaik. Sekiranya belum cukup muhsabahlah diri dan lengkaplah diri dengan semua itu.. insyaallah setiap apa berlaku itu akan di permudahkan jalanya.

Bila Cahaya Tenggelam


        Bila cahaya tengelam, kita akan rasakan kegelapan dan sudah pasti penglihatan kita juga menjadi kabur. Begitu perumpaan bagi kita yang masih belum berjumpa jalan dalam mementukan kehidupan. Kita selalu mengharapkan yang terbaik dan sentiasa inginkan seseorang yang mampu menjaga dan memberi petunjuk pada jalan yang benar. Sejauh mana seseorang itu mampu mengubah kita, ianya bergantung pada perubahan yang berlaku pada diri kita. Kadang-kadang ianya berlaku tanpa kita sedar dan kehadirannya juga tidak kita duga. 

       'Cahaya'  atau 'Nur' itu hadir dalam bentuk keinsafan dan penyesalan yang membawa perubahan dalam hidup kita. Bila hati berkehendakan perubahan  iaitu perubahan yang baik, sudah tentu perubahan itu mengubah akan kehidupan sebelumnya. Hati umpama kertas putih, kalau ditulis dan dilukis dengan perkara yang baik. sudah pasti akan mendapat hasil yang terbaik, kalau sebaliknya sudah pasti kertas itu tiada nilainya.
Di mana jalan yang perlu kita pilih, hitam atau putih, gelap atau terang. Semuanya perlukan cahaya kesedaran yang tinggi.

        Bila kita lalai, kehidupan kita akan sentiasa hanyut, yang pasti kita tidak sedar akan kesilapan dan kesalahan kita lakukan . Hidup di buai nafsu, hati di belengu syaitan. Sudah pasti kita sudah berada dalam kesesatan yang nyata. Malukan pahala dan rindukan Dosa, itu lah kita yang sentiasa memburu kedamaian jiwa. Tapi yang pasti kesedihan itu juga yang menyelubungi hati. Jangan bersifat tandus dan bersikap dusta akan kebenaran, kerana Dosa tak kenal sesiapa. Manusia yang leka manusia alpa, sesudah kealpaan itu berlaku pasti akan berlaku kekecelaruan hidup, disitu Allah s.w.t temukan dengan (Nur).

        Allah s.w.t sangat kasih akan orang-orang  yang sentiasa mahukan petunjuk dan sentiasa menadah tangan memohon doa dan mengharapkan petunujuk dari-Nya. Jalan yang paling mudah untuk kita memperoleh petunjuk ialah, sentiasa mendekatkan diri dengan menunaikan kewajipan solat 5 waktu di iringi doa, Berzikir dan bermunajat. Membaca Al-quran dan fahami terjemahannya. Juga mempelajari ilmu dunia dan akhirat.


P/s: Siapa yang layak mendapat nur? itu adalah ketentuan Allah s.w.t, sesiapapun boleh mendapat nur. Cahaya itu hadir cuma sekali tetapi kalau disiakan sudah pasti kita akan rugi selamanya.
.

Bila Kebebasan di salah tafsir

Suratan atau ketentuan hidup pasti berlaku. Siapa yang gembira dan siapa yang berduka. kebenaran ada pada diri kita. Di manakah langkah atau jalan dapat kita aturkan dalam membina kehidupan bahagia. Kita sebagai manusia selalu terlupa dan leka. Kita seumpama terapung di diantara alam dunia dan Akhirat. Disini kita masih tidak nampak dengan jelas apa yang berlaku dan terjadi pada diri kita. Semuanya seumpama kita menjaga dan memelihara sesuatu yang kita sayang tapi tidak pernah kita mengetahui apakah yang kita mahu dari apa yang kita sayang. 


Kehidupan adalah pilihan antara memilih kebahagian kekal atau tidak. Kebebasan kita dalam melakukan sesuatu perkara dengan tanpa batas dan ilmu menyebabkan kita tidak sedar akan perbuatan dan cara kita. Sebagai manusia Muslim. Menjaga tata tertib berbicara, pemakaian dan adab sesama manusia adalah sangat di ambil kira dalam ajaran islam. Duhai hati-hati. kenapakah masih lagi kita sedar dan mengerti. Manusia sentiasa berlumba-lumba. kerana mereka tahu, yang mereka akan mati. Tetapi mengapa kita harus bergembira dengan tanpa batas. itu lah kesedaran kita dan itu lah kita, kerana kita ialah penentu kehidupan kita.

P/s: sejauh mana pandangan dan ajaran islam yang dibawa pada kita. kita mengerti, kita faham, dan kita ingat, tetapi sekiranya kita tidak mengamalka nya dengan sebaiknya... kitalah antara insan yang rugi tanpa kita sedar...janganlah jadikan hidup sebagai medan nafsu dan kehendak.. tetapi jadikan lah kehidupan kita sebagai landasan kita ke syurga... insyaallah..

Meniti Harapan


Sejak mula aku melangkah, seribu kenangan dan liku-liku hidup aku rasakan. Namun bila usia aku mula meningkat, Di situ telah membuka hati dan membuat kan aku sentiasa berfikir dan terus berfikir. Setiap tindak-tanduk aku penuh dengan harapan kerana itu lah kebenaran hidup dalam diri ini, harus jujur, harus bijak dan sentiasa melakukan yang terbaik. Siapalah aku jika di bandingkan berbilion manusia hidup sebelum dan selepas aku.Di mana tumpah jasa aku lakukan, semuanya sebagai liku yang harus aku tempuhi.Di mana hati ini melangkah ?,  di mana mata ini melihat?,dan di mana senyuman ini diukir ?. Semuanya hanya ada pada diri ini. Menilai dan menterjemah setiap helaian kertas, umpama menilai hari-hari, semua ini umpama kiraan dan hitungan yang penuh simbol dan garis-garis yang penuh persoalan. Meletakkan titik-titik noktah di tempat yang salah memungkin kehidupan aku akan menjadi suram dan penuh dengan duri-duri dan bisa yang amat pedih.Mungkin dulu aku seorang kanak-kanak yang hanya mampu menurut perintah dan arahan, tetapi sekarang ini aku sudah mampu untuk menjadi "Director" atau pengarah dalam diri ini. Mungkin dulu aku rasa sukar seolah di kongkong tetapi jawapan di hari ini sebaliknya. Kerana dulu aku tak mengerti, apa itu tanggungjawab dan bebanan. Cuma mata, telinga dan hati aku mengerti kehidupan dihari ini adalah indah. Indah kehidupan itu, memang indah.Tetapi tersiratnya penuh halangan dan kebenaran yang tak boleh di elak.Siapalah aku yang berada di perbarisan ketentuan, cuma harapan dapat menunaikan impian, impian yang nyata, dan impian itu adalah mimpi dan dusta belaka. Cuma cermin keinsafan dan air mata yang dapat aku selubungi, bagi mengubat diri dan mengubah hidup ini..................................................................air mata itu lah penawar hidup aku...

Syarifah Nadiah Tag Saya


1. adakah anda rasa hot? 
kalau hot dah terbakar dah saya...huhuhu.

2. upload wallpaper yang anda gune sekarang



3. ceritakan pasal walpaper tersebut
wallpaper ini mencerita kan perjalanan seorang insan, yang dulunya ceria tetapi setelah berlaku bermacam-macam masalah dan musibah, membuatkan hidupnya pasrah. Dalam meniti hari-hari cuma coretan dan nukilan mejadi penghibur. Banyak lagi perkara yang belum dapat dijelaskan dalam wallpaper ni.apa2 pun ?
4. bila kali terakhir aku makan pizza.
makan pizza... masa sebelum puasa tahun lepas...
5. lagu paling latest aku dengar
entahlah... tak tau apa tajuknye
6. ape yang anda wat selain menyelesaikan tag ni?
mencari idea baru nak edit blog, dan plan nak lukis apa malam ni?

7. selain nme sendiri..dipanggil nme ape? 
Orang panggil saya zool, mi dan hil 

8. tag lagi lapan (8) orang
dapat tag 6 je...

1....>Dik shiqah
2....>Encha
3....>Nur
4....> Nurul iman.
5....> Jemari seniku
6.. .>Jumana haffa


9. siapakah orang no 1 kepada anda?
Budak Baik
10. katakan sesuatu kepada orang no 5
Buat entry yang best2 ye kak
11. no 3 ade hubungan ngn sape?
hehehe.. ada hubungan saudara mara dia lah...

12. bagaimana pula ngn no 4?
seorang yang suka menulis di blog

13. pesanan kepada orang no 6?
bial nak update blog....huhu

14. kata2 cinta untuk orang no 2?
hehehe... to be best friend forever

16. berikan 5 perkara yang anda twu tentang orang yang mngetag anda?
Friendly
understanding
fun
suka tengok cerita cintan-cintan...heheh...macam  orang nak bercinta huhu
belajar lagi baik..
seorang yang pandai bahagi masa...
tu je yang nampak... 
yang lain tak atu lah...huhuhu.

19. gay or less?
geli dengar benda ni...huhuhu

"kepada yg kena tag, korang wajib buat tao
ahaks ahaks. gurauuu" 
malas nak taip semula tiru je...hehe

Pelihara Jiwa



Hari ini mungkin masih ramai yang tidak tahu bagai mana hendak pelihara jiwa. Jiwa adalah naluri dan rasa yang menjadi penentu kepada emosi dan penentu keinginan seseorang. Terlalu banyak dan sukar untuk diperjelaskan  apa yang dimaksudkan dengan jiwa. Jiwa adalah sangat penting dalam diri seseorang, kerana jiwa seseorang itu hanya dapat dikawal bila mereka mempunyai keteguhan dan pendirian yang tinggi. Tetapi rosaklah jiwa seseorang sekiranya memenuhkan ruang jiwa itu dengan perkara-perkara negatif, seperti berhibur dengan mencari maksiat, melakukan amalan kurafat, kufur dan banyak lagi. 

Dalam keadaan dunia dan persekitaran sekarang , banyak perkara yang tidak sesuai untuk santapan jiwa telah wujud dan berkembang. Cara mudah untuk memperteguhkan jiwa, adalah sentiasa memperlengkapkan diri dengan ilmu agama dan mendalaminya.Dalam mempelajari ilmu agama itu sendiri sudah lengkap dengan peraturan dan aturan hidup yang bukan dicipta oleh manusia, tetapi semuanya sudah diatur oleh pencipta kita Allah s.w.t. Mengapa kita sebagai manusia tidak merebut peluang untuk mensucikan jiwa. Sedangkan jiwa itu umpama akar pokok yang harus di siram dan di baja. Sudah pasti Allah s.w.t sudah menyediakan semua itu, kalau kita memerlukan air untuk membasah tekak yang kering semuanya tersedia dan Allah ciptakan udara yang penuh dengan oganisma kecil dan zarah-zarah seperti oksigen, karbon dioksida semuanya itu memenuhi kitaran hidup kita dan tumbuh-tumbuhan. Kenapa perkara yang begitu penting dalam hidup kita tidak pernah kita renungkan dan fikirkan. Semua ini terletak pada jiwa kita.

fikirkan pula kesan buruk jiwa apabila tidak dipelihara, sudah pasti ramai yang tidak perasan atau tidak sedar tentang ini. Antara contohnya ialah Bila berlaku perbalahan, peperangan, kes bunuh, kes rogol, kes buang bayi, menagih dadah, mencuri, berzina, homosexual dan banyak lagi kesan negatif. Perasan atau tidak kita, Dimanakah jiwa kita sekarang?.Adakah jiwa kita berpandukan nafsu semata-mata atau jiwa itu terletak pada kebijaksanaan akal. Semua terletak pada diri kita umpama kata-kata bijaksana " kunci sudah di beri cuma kita perlukan memilih pintu mana untuk dibuka. Fikir akan "positif" dan "negatif" jangan letakkan diri kita pada ketentuan yang boleh merosakkan jiwa.Sekali kita meletakkan jiwa dalam kerosakkan, penderitaan dan kesensaraan akan membinasakan kita.

p/s: Pelihara jiwa "jiwa umpama embun berterbangan, sekiranya embun itu jatuh pada daun yang bersih sudah pasti suci embun itu, tetapi sekiranya jatuh pada zink yang berkarat sudah pasti kita akan dapat karatnya" itu lah jiwa sangat penting di pelihara...


Sepanjang usia



Renungan dan pandangan ketika kecil, menjadi simbul kepada kehidupan sepanjang usia. sejak mulanya tapak kaki melangkah. Mata kita beralih pada yang satu, iaitu apa yang hendak dicapai. Tetapi semuanya terbatas, kerana ketika itu kita masih tidak  tahu akan kehidupan yang sebenar. melangkah setapak lagi menandakan kebebasan bermula. ketika itu kita mula belajar membuat keputusan dan menentukan kedudukan kita yang sebenar.Bila kita terus melangkah lagi, ketika ini kita sudah berada di alam kanak-kanak permainan dan hiburan menjadi tempat kita bermain dan melepaskan kegembiraan.Kadang-kadang kegembiraan itu disekat dan terbatas. Apabila kita menyedari setiap apa yang berlaku  perluada  peraturan dan kaedahnya. Mulalah kita akan menyedari kehidupan yang sebenar itu bukanlah keseronokkan atau kegembiraan semata-mata, tetapi pengorbanan yang nyata untuk kita tempuhi.

Selangkah lagi kehadapan bermula episod alam remaja, disini kita semua akan ditemukan dengan berbagai-bagai jenis hiburan dan kadang-kadang ianya boleh merugikan.Setiap perjalan dan langkah yang dibuat masa ini akan menentukan diri di masa akan datang. Menoleh dengan melihat kesan tapak yang tertinggal pasti menyedarkan kita akan masa yang berlalu. Keseronokkan memang tak lari dari hati setiap remaja dan kadang-kadang ianya selalu disalah erti dan di salah guna. kerana kepincangan otak membuat keputusan menyebabkan perbagai kesan positif dan negatif terhasil.

Langkah seterusnya terus bertapak lagi, ketika ini kita akan sampai di satu tahap dimana kita akan menjadi dewasa. Disini kita akan bebas melakukan apa saja yang kita mahu. Tiada siapa yang boleh menghalang. tetapi kita masih lagi terikat dengan peraturan dan undang-undang. Walaupun setiap perkara itu ada halanganya, tapi masih ramai yang  tidak mematuhi peraturan.Bagi mereka, peraturan tidak penting, tetapi kepuasan dalam diri iaitu nafsu dan keinginan yang mendesak mereka menjadi berani dalam sesuatu perkara.
Di masa usia ini juga, kita akan dipertemukan tentang kekeluargaan dan kita akan menguruskannya semua perkara berkaitan itu. cuma daya kekuatan kita untuk meneruskan langkah perlu teguh. Persiapan rohani, jasmani dan spiritual yang kuat yang di asah pada zaman remaja akan menjadi panduan di masa ini. Tiadalah siapa yang dapat menolong dan membantu kita, melainkan kita berpijak pada diri sendiri.

Langkah kita akan terus bertapak, di sini langkah kita akan terhenti apabila kita berada di hujung usia. Di mana langkah kita tak seteguh dan sekuat dulu" masa kanak, remaja dan dewasa".Masa ini, kenanganlah menjadi memori yang paling indah yang tidak seindah hiburan dan keseronokkan di zaman remaja dan dewasa. Kata-kata kita juga akan menjadi titik-titik noktah. tetapi bermakna kepada semua. Kehidupan adalah usia yang pasti akan berakhir dengan kematian begitu juga usia. usia dikira dari mula kita dilahirkan dan berakhir apabila kita sudah tiada.

P/s: Ucapan ikhlas dari sahabat, Setiap manusia yang hidup dan bernyawa pasti akan melalui kehidupan. dan  kematian. kehidupan itu ialah seperti taman-taman yang indah, sekiranya di dalamnya kosong maka hilang lah seri pada taman itu, yang bernyawa iaitu ialah kita yang berakal. Kerana yang berakal itu adalah kesempurnaan dalam kehidupan. manakala kematian ialah jawapan pada kehidupan kita didunia,  siapa yang berjaya mengisi ruang jawapan sudah pasti kebaikkan yang kekal buatnya. "Renungkan lah kata-kata ini....sahabat ku "

Kedamaian di hati


Sejak aku mula melangkah, kelihatan seribu pengharapan menanti. Begitu girang bagi aku untuk menyelami perasaan ini. Disaat ini aku cuma di perhati dan dipandang tinggi. Biarpun ketika itu aku masih tidak mengerti, tapi jelas sekali kegembiraan itu dapat aku rasakan, ianya bukan dapat dirasakan oleh seorang malah sesiapa saja yang melihat aku. Entah mengapa perasaan ini bermain difikiran. Sedangkan ianya hadir sementara, bagai mimpi yang tak mungkin di rungkai atau di ungkap dengan kata-kata. Disisi aku berdiri, disisi juga aku menanti. Seakan aku sudah diufuk mimpi-mimpi. yang sentiasa menjadi igauan malam yang tiada penyudahnya. 

Seiring itu, aku menghulur kedua belah tangan dengan pengharapan yang tinggi. Tetapi sudah pasti kesudahan yang menanti akan berakhir dengan kesudahan yang menyedihkan. Di disitu aku cuma mampu menahan dan berusaha dengan sendirinya, Mata mereka bukan lah segala-galanya. Tetapi kejayaan itu adalah bukti kepada kedamaian abadi. Biar seribu luahan kata hati dan perasaan aku lampirkan, belum tentu lampiran aku akan diterima. Setiap perkara dapat di nilai dan ditentukan, tetapi bukan di nilai dengan mata. kerana mata ialah kebinasaan yang nyata.Biarpun mulut menafikan, tetapi hati tidak dapat menafikan kenyataan.Kebenaran adalah nyata, yang tipu itu  ialah dusta. Yang baik itu adalah yang suci dan bersih. dan yang kotor itu ialah hati, iaitu hati yang mati dalam menilai kehidupan. 

Aku Seorang Pemerhati



Bab 1 ( Kisah dulu dan sekarang )


BAB 2 ( Hidup Sendirian )


    
Dalam menjalani perjalan hidup ini, aku terus tabah mengharungi kemelut permasalahan dan ujian mendatang. Kadang-kala masa yang sebegitu suntuk, membuatkan aku cemas dan gundah dalam menyelesaikan masalah. Walaupun pada hakikatnya setiap yang berlaku itu sebenarnya tidaklah sehebat dugaan yang diterima. Namun ianya sudah cukup untuk menggoyahkan diri aku. Setiap hari yang berlalu bagai satu jalan yang berduri yang harus aku tempuhi.Walaupun banyak perkara yang boleh aku lakukan untuk memenuhi kehendak rohani, tetapi masih belum cukup memberi kesempurnaan dalam memenuhi keperluan diri. 

        Hidup aku bagaikan satu peta yang begitu penuh dengan koordinasi yang memerlukan ketepatan dalam mencari kedudukan sebenar. Walaupun peta itu sendiri di penuhi dengan garis-garis kedudukan, tetapi aku masih perlu mencari hala tuju yang sebenar supaya tiada berlaku kesilapan dalam menentukan arah. Biar banyak keputusan yang perlu aku hitung, namun semuanya harus aku tentukan dengan ketelitian dan perkiraan. Adakalanya kesilapan berlaku juga, memang benarlah  semua yang berlaku adalah kerana ke tidak pekaan aku dalam menghitung keputusan. Setiap keputusan yang aku buat hendaklah mengambil kira akan pandangan dan idea dari pihak kedua. Bukannya membuat keputusan berdasarkan perkiraan aku sendiri.Disebabkan kecuaian itu, aku terus dibelengu dengan permasalahan yang berbangkit dan mengambil masa yang panjang untuk mengatasinya.


      Dalam menyelesaikan permasalahan ini, aku cuma mampu pasrah dalam mencari keserdehanaan dalam diri. Kedudukan aku yang sentiasa berada dalam kesederhanaan itu membuatkan aku sentiasa menyendiri. Apabila glora kehidupan menyelubungi  diri. Aku cuma mencari jalan mudah dengan hanya mencari suatu tempat yang sunyi yang mampu menjadi penghibur dari kesesakan bunyian. Biarpun pandangan persekitaran seolah-olah merendahkan aku. Namun aku terus bersabar dan menepis segala lotaran yang mungkin tidak sedap bila di dengar. Halangan itu juga tidak melemahkan aku, malahan menjadi kata azimat yang dapat membentuk rohani aku supaya bersifat lemah dan sentiasa menjadi pemaaf. Bagi aku, setiap lotaran kata itu umpama dinding yang mampu memperteguhkan diri dan membentuk keutuhan diri yang teguh di atas pendirian sendiri.

       Setelah masa pun berlalu lama, aku mula merasakan perubahan dalam ketahanan fizikal dan mental. Keceriaan selalu menghampiri aku dan permasalahan aku juga semakin berkurang. Kegembiraan itu jugak dapat di lihat pada persekitaran yang dulunya umpama duri  tetapi sekarang berubah mejadi seperti pepohon yang mampu memberi tempat untuk aku berteduh. Begitulah kehidupan aku yang penuh dengan masalah, tetapi apabila masalah itu menemui jalan penyelesaian, aku dapat rasakan satu bebanan yang dulu nya berat tetapi sekarang mejadi ringan seumpama debu bertebangan.

Bersambung

Suratan Takdir





Menempuh suratan takdir. Adakalanya ujian dan musibah selalu hadir, sehingga kita merasakan kesedihan dan kepayahan dalam hidup. Kadang-kadang kita hampir tewas dengan kelemahan diri, semua berlaku tampa kita duga. Dalam kita sedang seronok dan bergembira tiba-tiba kita mendapat musibah, di situlah ujian paling besar yang kita harus tempuh. Sekiranya kita lemah dari segi rohani dan jasmani sudah pasti kita kecundang. Bila kita kecundang sudah pasti kita akan sesat dalam mencari jalan hidup.

Ada diantara kita sanggup melakukan perkara yang mereka sendiri tidak pernah buat, ini berlaku disebabkan tekanan hidup dan dugaan yang banyak terpaksa dilalui. Setiap manusia pasti Allah berikan musibah dan dugaan, sudah pasti setiap musibah dan dugaan itu Allah gantikan dengan  hikmah yang kita tak nampak. Percayalah setiap ujian yang diberi oleh Allah s.w.t,  adalah jalan terbaik untuk membentuk peribadi kita. Setiap manusia harus bersyukur walaupun masing-masing tidak mendapat semua yang mereka hajati. Tetapi Allah s.w.t sudah memberi kita banyak nikmat yang sebenarnya kita tak sedar. Antara nikmat terbesar kurniaan Allah s.w.t ialah panca indra kita seperti mata, telinga, lidah dan banyak lagi. 

Allah s.w.t  akan sentiasa menguji manusia-manusia yang lalai. Allah s.w.t juga tidak menguji manusia biasa seperti kita malah rasullallah s.a.w juga mendapat banyak ujian dari Allah. Kenapa harus bagi kita untuk lari atau takutkan musibah yang hadir. Allah s.w.t  menguji kita dengan musibah yang kecil tetapi  tidak pula pada mereka yang Allah s.w.t turunkan azab seksa di dunia seperti Aceh berlakunya kiamat kecil yang boleh dikatakan antara kiamat besar. Walaupun begitu manusia terus dengan melakukan segala larangan Allah dan sentiasa memenuhi hati dengan nafsu dan kesenangan. Dengan itu Allah s.w.t tarik nikmatnya itu lalu mereka merasa resah dan gundah gulana. walaupun demikian ada juga antara mereka yang menyalahkan takdir. Seolah-olah semua yang mereka perolehi apa yang mereka kerjakan. Manusia sebegini Allah s.w.t  pasti akan berikan musibah yang besar sehingga mereka rasa takut dan akhirnya bertaubat. Ada juga antara mereka  Allah s.wt  tidak  memberikan musibah besar, kerana mungkin sudah banyak peringatan yang Allah s.w.t berikan kepadanya cuma mereka ini akan menunggu masa untuk menjadi bahan bakar pada nyalaan api di neraka... subhannallah...

p/s: Disini saya mahu jelaskan bahawa setiap perkara yang buruk mahupun yang baik pasti ada hujah-hujahnya. Jangan lah kita bersedih kalau hati kita tidak bersedih kerana dosa yang kita lakukan. dan jangan lah kita bergembira sekiranya nikmat itu sementara. Kehidupan umpama pepohon yang teguh dan akhirnya mati menanti reput. Perhatilah Alam ini dengan mata hati jangan lah pandang dengan mata kasar. jauh baiknya kita melihat dengan hati barulah peribadi kita teguh.

Aku Seorang Pemerhati




Bab 1 (Kisah dulu dan sekarang)

      Satu hari yang berlalu dengan pantas, aku mencari sinar harapan dengan memenuhi hati dengan jasmani yang cergas. Di mana pada pagi kebiasaan hari aku akan bangun seawal 5.45 pagi untuk membersihkan diri. Di saat itu penantian laungan sayup di pagi hari terdengar ketelinga membuatkan hati tergerak kearahnya. Aku terus mempercepatkan langkah aku dan setiap langkah itu penuh dengan tertip dan teratur. Apabila setibanya disana aku merasa tenang yang tak terhingga. Aku yakin perasaan aku itu juga, dapat dirasai oleh siapa saja yang ada disana.Setiap pagi aku melakukan perkara itu dan pada masa yang sama hati aku berbicara dengan menyebut " Syukur Alhamdullillah, aku bersyukur dengan nikmat mu, ya Allah". Apabila perkataan itu disebut di dalam hati. Aku merasakan nikmat dan ketenangan yang abadi.Tiada yang dapat melembutkan hati ini, cuma bila mendengar kalimah "Allah". Aku bukanlah seorang insan yang kuat imannya seteguh iman Rasullallah S.A.W. cuma ada kalanya kesilapan selalu mendekati aku. Antara sedar atau tidak setiap langkah dan setiap perbuatan yang belaku pada diri aku sebenarnya menjadi satu titik pengenalan pada diri.Pasti aku merasakan yang sebenarnya aku masih tercari-cari jalan untuk memperbaiki hidup ini. Benarlah mereka yang menanti kedengaran laungan sayup dipagi hari akan sentiasa terlindung dari kejahatan dan kesilapan. Pada mulanya dulu aku cuma seorang yang lalai dan leka dan selalu mengabaikan kewajipan aku. Sebagai seorang muslim sudah pasti ada banyak kewajipan yang perlu dilaksanakan.

      Pada masa dahulu, ketika aku masih belajar lagi. Aku selalu terlena panjang sehingga melupakan laungan pagi. Terlenanya aku sehingga fajar menjelma diwaktu pagi. Di saat itu aku sikit tidak merasa cemas atau gusar, walau pun aku sedar atas perbuatan aku yang tidak memperdulikan kewajipan pada yang berhak. Ketika itu aku dapat rasakan beban kesulitan dan aku selalu menyalahkan diri dan tak pernah menghargai setiap nikmat kurniaan Allah. Benarlah apa yang aku dengar dan apa yang aku fahami dari ayat ini, iaitu manusia tidak akan merasa cukup dengan nikmat yang ada diatas muka bumi ini dan ini bermakna manusia itu terlalu leka dan lalai dalam  mecari kemewahan, kesenangan. Samalah aku pada masa itu, selalu terpedaya dengan kecantikan dan keindahan duniawi. Dalam meniti hari-hari aku ketika itu, aku selalu mengambil mudah semua perkara. Terutama ketika belajar, kerap kali aku tidak menghadiri kelas, "Assignment" atau kertas kerja selalu tak siap. Pada masa itu CGPA aku merudum, sehingga banyak subject terpaksa di ambil semula. Begitu  yang berlaku pada diri aku. Namun semuanya sekarang sudah banyak perkara yang berubah pada  diri aku. Setelah aku membuat keputusan untuk meletakkan hati aku pada Allah dengan mengikhlaskan diri. Memang pada zahirnya aku seperti sukar untuk melaksanakan kewajiapan, tetapi oleh kerana keyakinan pada diri dan hati, Seolah-olah ada sesuatu yang menolak aku melakukan kebaikan. Perubahan yang belaku pada aku telah menampakkan hasil yang sebenar, dan aku merasakan ketenangan dan setiap hari-hari aku itu mudah.Walaupun ketika itu banyak dugaan, tetapi dengan tenang aku berjaya menolak. Mungkin bagi insan seperti aku perlu banyak lagi mendalami diri dan sentiasa mendekatkan diri pada Allah kerana setiap saat pasti akan ada dugaan dan cobaan yang buruk menanti. 

bersambung

Dia Tidak Mengerti





Setiap manusia yang diciptakan Allah mempunyai naluri yang indah, tetapi naluri itu hanya terletak kepada hati yang bersih lagi murni. Ada kalanya manusia terlupa akan nalurinya sebagai manusia dan sanggup menepikan segala sifatnya sebagai manusia yang berakal.Bila mana hati mereka telah leka dan lalai, maka mereka akan berhadapan dengan kezaliman dan kekejaman.Begitulah yang ingin digambarkan pada kehidupan pada hari ini.

Muda-mudi malahan pada mereka yang telah berusia. mereka tetap lalai dalam mencari jalan yang lurus, seperti dalam ayat Al-Quran[tunjukilah kami jalan yang lurus(surah Al-Fatihah 6:7)] disini menggambarkan bahawa manusia itu perlulah mempunyai panduan hidup.Supaya mereka tidak sesat, Allah s.w.t menurunkan surah ini supaya kita benar-benar faham akan kewajipan kita dengan meminta sesuatu kepada-Nya.Manusia itu akan berada dalam kesesatan yang nyata sekiranya mereka tidak bersyukur dan tidak memohon petunjuk daripada Alla s.w.t. Sudah banyak bukti dimana manusia itu semakin terpesong dari jalan Allah s.w.t,seperti berlakunya penzinaan, pembunuhan, minum arak, lahirnya anak luar nikah, dan banyak lagi.Disini jelas sekali perkara yang benar buruk telah belaku. Manusia itu hanya mahu merasakan nikmat Allah s.w.t dan tidak mempedulikan panduan dan ajaran islam dengan sebenarnya.


 
Hari ini saya ingin memperjelaskan tentang penzinaan. Akibat buruknya manusia itu jika tidak mengawal nafsu sahawatnya. Jelas sekali mengikut statistik tahunan di dalam negara kita malaysia lebih 60 ribu penzinaan telah berlaku,ini antara bilangan yang di ketahui tetapi masih banyak lagi yang masih tidak di ketahui. Dimanakah nilai moral dan akhidah mereka.Dengan berlakunya penzinaan seperti ini sudah pasti akan berlaku perkara buruk yang lain,antaranya berlaku pembuangan bayi, lahirnya anak tak berbapa(anak luar nikah), pembuangan janin, pembunuhan bayi dan penyakit berjangkit. Begitu jelas sekali kesan buruknya melakukan zina. Jangan lah kita menjadi manusia yang dilaknat oleh Allah s.w.t.Sesungguhnya pintu taubatnya masih terbuka buat kita.

Sungguh menyedihkan saya pada hari ini, pebuangan bayi dan pembunuhan bayi berlaku banyak sekali. Inilah manusia zaman sekarang yang tidak mempunyai hati dan perasaan. Sungguh hina membuang bayi mereka sendiri dan ada sanggup membunuh. Semua ini akibat mencari keseronokkan yang akhirnya berjumpa dengan kebuntuan.Marilah kawan-kawan, sedarlah sekarang. Terutama yang berpasangan teguhkanlah iman dihati supaya tidak ternoda dengan nafsu sendiri. Ingatlah masa itu sekejap sahaja, sedar tak sedar berlalu pantas.

Berbalik kepada pembuangan bayi, pernahkah kita terfikir keadaan bayi itu bila dewasa dan terseksanya mereka mati kerana nafsu kita sendiri.Mungkin anak itu memberi rahmat kepada kita. mungkin dia akan menjadi pelapis di masa hadapan. pernah kita terfikir, jangan lah menilai mereka kerana meraka anak luar nikah, mereka tidak berdosa. Kenapa harus mereka yang mendapat penderitaan sebegitu.Benarlah kita ini sudah jauh terpesong dari landasan sebenar hidup kita. Sesungguhnya pembalasan Allah s.w.t itu sangat pedih dan menyiksakan.

p/s:Ingatlah ikhrar kita sebelum dilahirkan, iaitu menjadi hamba yang taat dan patuh pada perintah Allah s.w.t. berfikirlah sebelum bertindak, elakkanlah berdua-duan antara lelaki dan perempuan yang bukan mukhrim. sentiasa menyebut subhanaallah sekiranya hati itu terlintas hendak melakukan zina. Semoga tip ini membantu kawan-kawan dalam memperteguhkan iman dan takwa kepada Allah s.w.t insyaallah

Soalan Dari Sahabat


Assalammualaikum...
entry ni...sebenarnya diberi oleh sahabat saya iaitu saudari stayseea... bagi tidak menghampakan permintaan beliau saya dengan ikhlas hati menjawab soalan-soalan yang ditujukan kepada saya... walaupun rasanya banyak perkara personal yang ada kat soalan ni.Tapi saya tak rasa memberi kesan pada seseorang pembaca sekiranya dia tidak mahu mengenal diri zool. Bagi  zool, selagi orang tu muslim dia tetap saudara pada zool...cuma tak semua orang, kita boleh hampiri dan dekati..baik lelaki mahu pun perempuan. Baiklah ini soalan yang di ajukan kepada zool?


Siapakah diri anda di rumah?

- seorang yang suka memerhati dan suka bergurau dengan adik beradik.

Siapakah diri anda di samping rakan?

- seorang yang pendiam, permerhati, suka bagi nasihat dan suka bergurau dengan rakan

5 benda yang anda idamkan tapi masih belum tercapai

1. Menunaikan tanggungjawab sesungguhnya kepada Allah s.w.t

2. Menjadi seorang yang terkenal dan pengembara mencari ilmu

3. Menjadi seorang yang kaya yang tidak kedekut

4. Isteri yang solehah yang taat kepada perintah Allah s.w.t dan rasulluallah, juga hormat kepada kedua ibu    bapa.

5. Mendapat anak yang soleh dan solehah yang mendoakan kedua ibu bapanya.

Siapakah nama pasangan anda?

Allahua'alam.... Belum berjumpa lagi....

Ceritakan 5 perkara yg paling anda suka tentang pasangan anda

1. Matanya terlindung dari melihat segala maksiat
2. Cantik rupanya seumpama imannya kepada Allah s.w.t
3. Mulutnya yang sentiasa memperkatakan perkara-perkara yang baik.
5. Seorang yang solehah, taat dan selalu tersenyum..

Bilakah tarikh anda couple?

Allahua'alam

Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?

???

Lagu tema cinta anda?

???

Apa perubahan yg ingin anda lihat dari pasangan anda?

???

p/s: Tak semua dapat isi, sebab tak de jawapan bagi soalan  yang bertanda ???... tunggu masa, mungkin semua tu terjawab.

Indahnya Kehidupan







Dalam kehidupan yang nyata ini, berbagai kehidupan telah kita temui. Semuanya memberi seribu makna yang sukar untuk di ungkapkan. Setiap ciptaan Allah s.w.t  adalah anugerah yang indah dan cantik. Tiada siapa pun di dunia ini yang mampu untuk membina kehidupan seindah ini. Dalam mencapai matlamat sebenar manusia berlumba-lumba  mencari kehidupan, ini ialah kerana manusia menilai betapa indahnya nikmat di dunia. 

Antara keindahan dalam hidup ini, adanya manusia bergelar Adam dan Hawa iaitu manusia pertama yang diciptakan oleh Allah s.w.t. Bermula dari Adam dan kemudianya Hawa. Dengan terciptanya mereka, maka dapat lah kita menikmati kehidupan ini hingga sekarang. Manusia selalu mencari yang terbaik dan dalam mencari yang terbaik ada juga yang tidak mampu menilai kehidupan terbaik. Setiap langkah dan perjalan adalah huruf yang bersambung menjadi perkataan dan perkataan bergabung menjadi ayat. Dan ayat itu disusun mejadi karangan dan karangan itu di cantum menjadi sebuah cerita. Begitulah kehidupan kita dari alam kandungan, dilahirkan mejadi bayi, dari bayi menjadi kanak-kanak, dari kanak-kanak mejadi remaja, dari remaja mejadi dewasa, dan dari dewasa mejadi tua. begitulah jelasnya kehidupan kita yang indah dan disusun rapi sehingga menjadi cerita.

Alam ini luas dah indah dan ianya begitu mendalam di setiap hati-hati manusia. Sekiranya kita tidak diciptakan.  Mana mungkin kita akan menikmati alam ini. Seumpama lelaki dan perempuan, telah Allah ciptakan mereka dengan berbagai-bagai rupa dan paras supaya mereka dapat menikmat keindahan hidup ini. Sekiranya Allah menciptakan semnua makluknya serupa dan tiada perbezaan maka manusia itu sendiri tidak akan merasa nikmatnya. Allah s.w.t  itu maha Kaya, Adil, Pengasih, Penyayang dan lagi Bijaksana. Allah s.w.t menyuruh manusia membuat kebajikan dan memilih jalan kehidupan mereka sendiri .

Dalam memilih jalan hidup, berbagai-bagai dugaan kita akan lalui seperti, musibah kesusahan. apa yang di maksudkan musibah kesusahan ialah kesukaran memilih kehidupan yang baik dan lebih suka  kehidupan melalaikan. Kehidupan melalaikan yang di maksukan  ialah hiburan yang berlebihan. Semua itu juga nikmat dan keindahan dunia, tapi akan mendapat pembalasan buruk di akhirat sakiranya kita tidak bertaubat. Seperti lautan yang tenang dan indah bila mata memandang, tetapi pada satu masa akan menjadi tsunami yang menengelamkan kita sendiri, ini semua antara sedar atau tidak

p/s: Pengajaran yang boleh di ambil ialah manusia janganlah leka akan keindahan dunia, tetapi mestilah mengimbangi dengan kehidupan akhirat. Sentasa berwaspada dengan setiap tindak-tanduk supaya tidak tersalah langkah. yang paling utama kita mesti memperkuatkan iman. Hnaya itu yang akan menjadi penyelamat  kita Dunia dan Akhirat.

kenangan Pahit


Hari ini saya ingin kongsikan cerita yang ditulis oleh sahabat saya. Cuma saya ingin kisahkan cerita ni kepada sesiapa yang pernah pengalami pengalaman buruk. cerita ni ditulis oleh saudari Nur. Untuk mendapat cerita pengalaman seseorang memang sukar tetapi rasanya, sekira kita simpan kenangan buruk kita mungkin mungkin membuat kan kita rasa takut atau kesal. cerita yang ditulis ada di bawah ni. saya tak edit apa-apa pun dalam penulisan ini 100% copy right..tapi copy secara sah dan dengan kebenaran..

Setiap manusia yang hidup diatas muka bumi pasti akan diuji. Ujian yang diberikan tentulah dapat dihadapi kerana Allah tidak akan membebankan hambanya apa yang tidak sanggup hambanya pikul. Disini saya ingin menceritakan kisah benar yang terjadi pada 07/08/09 bersamaan hari Jumaat. Kisah ini melibatkan pelajar tingkatan lima.

Pada hari tersebut,seperti biasa setelah tamat persekolahan pelajar ini akan ke garaj untuk mengambil motosikalnya. Tanpa membuang masa dia cuba menghidupkan enjin motornya,tetapi tidak berjaya. Pada masa yang sama,dia merasakan satu perasaan aneh yang belum pernah dirasanya. Tanpa mengendahkan perasaan tersebut,dia terus cuba menghidupkan enjin tersebut sehingga berjaya. Seperti biasa,dia membaca doa naik kenderaan sebelum bertolak pulang.Dalam perjalanan,tiba-tiba mucul sebuah kereta kancil dari arah bertentangan membuat ‘u turn’ diatas jalan yang dilalui pelajar tersebut. Apabila kereta tersebut tiba di bahu jalan ia terus meluncur ke atas jalan yang dilalui pelajar tersebut tanpa memberi lampu isyarat.

Pelajar tersebut cuba mengelak dan bertawakkal kepada Allah. Dia menyerahkan sepenuhnya hidup matinya di tangan Allah. Tanpa diduga, akhirnya pelajar tersebut terlangggar pintu bahagian pemandu. Pelajar tersebut terus jatuh lalu ditindih motornya. Dengan sedaya upaya dia cuba untuk bangun, tetapi tidak berdaya. Orang ramai yang terdapat disitu terus bertindak membantunya. Manakala pemandu kancil tersebut hanya keluar sebentar dari keretanya dan melihat dari jauh keadaan pelajar tersebut. Lalu,dia melarikan diri. 
Alhamdulillah,keadaan pelajar tersebut tidaklah teruk sangat. Hanya cedera pada ligament tangan kanan ,luka kaki dan tangan. Handle motornya patah,cermin matanya pecah, gear bengkok. Apabila membuat laporan polis,polis tersebut sangat terkejut kerana pelajar tersebut kelihatan baik tetapi, motornya rosak teruk.  

p/s: Pengajaran yang boleh diambil ialah setiap apa yang berlaku atas diri kita mahupun pada orang lain semuanya ketentuan Allah s.w.t. tapi sebaiknya kita berhati-hati dalam setiap apa yang kita lakukan. Tapi sekiranya kita dah berhati serta berdoa jadi juga, maka itu memang kehendak Allah s.w.t yang sudah tetapkan..

Ikhlasnya Berkawan


Setiap insan pasti pernah merasakan nikmat dan suka dukanya berkawan. Tetapi ada juga yang masih tidak mengerti apa sebenarnya di maksudkan kawan atau sahabat. Kawan ialah insan yang bergelar teman yang sentiasa berada bersama kita dan dia adalah  yang hampir dan mengenali kita. Kawan tidak akan melukakan perasaan sahabat yang lain dan ianya selalu berwaspada dengan kata-katanya. Kawan juga tidak akan memperkatakan keburukan sahabatnya malah sentiasa menyatakan kebaikan sahabat-sahabatnya. Biarpun dukanya hati dikala terluka tapi tidak pernah meluahkannya pada sahabat. Kadang-kadang sahabat jugalah yang menjadi penghibur dan gelak tertawa bersama-sama. Apabila kita berjauhan dari keluarga atau saudara-mara, sahabatlah saudara yang paling hampir dengan kita. Keluhan dan payahnya kita, kawanlah yang paling hampir dengan kita dan dia lah tempat kita mengadu masalah di kala kita berjauhan dengan saudara-mara.
Sahabat dan kawan sebenar  mestilah mempunyai sifat ini, iaitu kejujuran dan keikhlasan. Tapi tak ramai antara kita mengerti dengan maksud ikhlas dan jujur. Bila berkata akan keikhlasan sebenarnya keikhlasan adalah sesuatu yang hadir dari hati dan perkara ni sukar di jelaskan dengan kata-kata, tapi selalunya dilakukan dengan perbuatan yang zahir yang dapat dilihat. Manakala kejujuran pula dapat dijelaskan dengan kata-kata atau amanah, kerana sahabat yang betul-betul jujur adalah mereka yang di beri amanah di tunaikan dengan penuh tanggungjawab dan keikhlasan.

Pernahkah kita berfikir tentang dengan siapa kita berkawan ?. Pasti sesiapa pun tidak kisah akan dengan siapa mereka berkawan, tetapi setiap orang pasti akan menilai kawan yang benar-benar  boleh mejadi sahabat baik. Kadang-kadang dalam memilih kawan ada juga antara kita yang tertipu dan terpedaya. Ada juga antara kita sampai bermusuhan disebabkan kawan yang suka menipu atau tak jujur dan ada juga yang sanggup menikam kawan dari belakang. Dihadapan kita dia lah yang terbaik tetapi dibelakang kita dia musuh yang nyata iaitu menyatakan keburukan sahabat-sahabatnya.Di manakah nilainya kita sebagai sahabat, jangan letakkan kita antara manusia yang rugi atau manusia yang mensia-siakan diri. Sekali kita berbohong  dan memperdayakan kawan kita sudah pasti sukar bagi sahabat kita untuk mempercayai kita. Kata pepatah orang melayu " terlajak perahu boleh di undur telajak kata atau pebuatan sudah pasti tak boleh diundur. 
p/s: Sebagai amanah yang di beri, hendak lah kita menjadi Khalifah Allah s.w.t iaitu hendak lah kita menjaga dan makmurkan  bumi ini dengan kita sentiasa menjaga perhubungan kita sesama manusia dan janganlah kita bermusuhan. kawan bersyukurlah tiada apa yang paling penting melainkan menjaga perhubungan kita sesama manusia. Bila kita kasih dan sayang antara satu sama lain insyaallah diri kita sentiasa terpelihara di dunia mahu pun di akhirat..

Perjuangan di jalan benar



Perjuangan di jalan Allah..

Sedarlah wahai teman-teman. Kehidupan hanyalah hayalan yang akan menjadi sia-sia jika tidak dimanafaatkannya dengan keikhlasan hati kita kerana Allah s.w.t. Telah kita di hidupkan dan menikmati keindahan Alam dan kehidupan, namun kita masih tidak mensyukuri nikmatnya. Adalah menjadi tanggungjawab kita sendiri untuk meneguhkan iman menguatkan hati kita. Allah s.w.t. akan sentiasa bersifat kasih kepada kita sekiranya kita tak menzalimi diri sendiri.

Kehidupan yang di maksudkan melalaikan adalah masa yang ada tidak dimanafaatkan dengan jalan benar dan tidak dijelaskan dengan hak. Hak yang sebenarnya ialah mentaati hak Allah s.w.t. Pernahkah kita terfikir masa yang sudah pasti hadir iaitu disaat ajal yang akan menjelma. Semua manusia termasuk makluk-makluk Allah s.w.t yang lain juga akan merasa apa itu kematian. Pernahkan kita terfikir tentang kehidupan kita yang sementara ini. Pernahkan kita menitiskan Air mata kerana kita tak menunaikann hak Allah s.w.t. Pernahkah kita terfikir betapa indahnya nikmat yang Allah beri, Sehingga sanggup kita lalai dengan apa yang diberikan Nya.

Dimanakah hati kita, kenapa kita zalim kepada Allah s.w.t. kenapa semua terjadi.
Ingatlah kasihnya tiada berbelah bagi pada kita. Pintu taubatnya sentiasa terbuka biar sebesar manapun dosa kita. Adakah kita ingat akan perjuangan Rasullallah s.a.w. dan disaat kewafatannya perkataan yang keluar dari mulutnya adalah "ummati" umat ku.. sedarlah kita betapa bersyukurnya kita sebagai umat Rasulallah kerana kita tidak dibinasakan seperti umat-umat sebelumnya. Seperti Nabi Nuh, derhakanya Anak dan isterinya dengan tidak patuh dan taat kepada Allah s.w.t maka hanyutlah dia bersama umatnya yang berlaku zalim pada Allah s.w.t dan turunnya banjir besar yang menengelamkan mereka.

p/s :Duhai teman dengarlah suara hati dari seorang sahabat. Tunaikan kewajipan Pada Allah s.w.t. tunaikanlah solat. sebaiknya solatlah berjamaah dan mohonlah keampunan Allah s.wt. dengan sesungguhnya. kerana tiada yang lebih nikmat kecuali orang yang mempunyai hati yang tenang. Mohonlah ketenangan Dari Allah s.w.t kerana cuma Dia lah berhak diatas segala makluk-makluk.

Kasihnya Ibu





Kasihnya Ibu membawa kesyurga, begitulah ungkapan yang jelas tentang berapa tingginya nilai seorang ibu. Lihatlah bertapa indahnya hidup ini kerana kita mampu lagi bernafas dan ingatlah sekiranya kita tidak dilahirkan mana mungkin kita dapat menikmati kehidupan ini. Ibu adalah anugerah yang berharga dan tidak boleh di nilai dengan apa-apapun. Banyangkan seorang ibu mengandungkan seorang anak, betapa sukarnya dia untuk melakukan tugas-tugas harian dan sukarnya dia untuk membawa beban yang ada di dalam kandungan. Tapi ibu itu tak pernah keluh kesah malah tabah melalui kehidupannya.

Bila sampai waktu melahirkan anak, masa inilah yang paling sukar bagi si ibu. Kerana si ibu tadi terpaksa berhadapan dengan kesakitan yang boleh membahayakan diri mereka. Oleh kerana naluri seorang ibu yang kuat, maka ibu tadi sanggup berkorban nyawa untuk si anak. Bayangkan dengan kesakitan itu. Mungkin kita sebagai anak tak pernah merasakanya, terutama anak lelaki. tetapi beringatlah setiap perbuatan yang menyakiti hati ibu kita, balasannya adalah segera dari Allah s.w.t.



Ketika zaman kanak-kanak, ibu lah pendorong dan penghibur. Tetapi tidak semua orang dapat merasainya. Ada antara kita yang Ibunya lebih awal meninggalkan alam dunia ini. Bila di perhatikan sebenarnya banyak pengorbanan ibu telah kita rasai dan yang paling utama ialah kasih sayang. Tak semua orang mendapat kasih sayang yang sempurna. Tetapi bersyukurlah atas semua nikmat yang kita perolehi. Ibu ialah pewaris kepada keturunan yang baik-baik. Seorang ibu yang baik sudah pasti mempuyai peribadi yang baik.

Menjangkau umur remaja, ibu lah yang memberi banyak kebebasan kita dalam memilih jalan hidup. Dalam memilih jalan hidup, masih ramai jugak yang tersalah memilih jalan. Antara mereka Adalah anak derhaka, anak yang tidak hormat orang yang lebih tua, anak yang tidak kasihkan ibu dan bapanya, anak yang sanggup memalukan ibu dan bapanya kerana maksiat dan banyak lagi. Perkara ini sudah banyak berlaku. "Apakah perasaan seorang Ibu bila anaknya derhaka?". Tanyalah diri kita bila orang yang kita percaya menkhianati kita, samalah macam ibu tadi, rasa sedih dan kecewa. Tapi kalau diperhatikan banyak ibu yang bersabar dari seorang anak.



Di masa kini sudah banyak ibu yang melahirkan tuanya. Bila kesedaran tidak ada pada diri kita, maka rasa kasih kita kepada keluarga dan pada ibu pasti tiada lagi. Semuanya ini akan menjadikan kehidupan masa kini menjadi teruk dan tamadun manusia semakin berakhir dengan zaman jahil(jahiliah), pada waktu ini wanita tidak lagi dianggap bernilai dan maruah mereka sering dicabul dan ada juga yang merelakan. Peritnya hati ibu kita bila ia terasa tersiksa dengan perbuatan kita.



Ibu adalah hati yang menyinari hari-hari kita, bila terpadamnya dia, makan berakhirlah kita. hidup tanpa kasih sayang boleh merosakan hati, tetapi hidup yang penuh kasih sayang melahirkan peribadi yang mulia. Ibu lah pencorak langkah kita, dia lahyang melahirkan kita sebagai insan yang sempurna dan berakal.

p/s: Ingatlah teman, sentiasa lah mingingati ibu kita. kalau jauh rajinlah call tanya kabar. Ibu kita ada satu jika dia tiada, tiada lah kita berjumpanya lagi. cuma doa saja yang dapat kita hadiah kan. Di bawah ini ada kata nukilan hati dari sahabat saya tentang Ibunya yang sudah tiada, hanyatilah:


IBU…. Ibu… Berderai airmataku tatkala aku membaca Yasin dihadapan pusaramu Jatuh bercucuran bak hujan dikala hari saat aku mengenangkan pengorbananmu Belum sempat aku membalasnya takdir telah menjemputmu pulang terlebih dulu Dikau pergi saat aku masih perlukan belaianmu Ibu… Kukirimkan sebaris doa senada kasih sayangku Tidak terbanding kasihmu bak seluas langit membaluti bumi kedinginan Pergimu dengan keredhaan bersatu dalam kehilangan dipandangan sepiku Anakmu didunia ini akan meneruskan perjalanan bersama pesan dan amanahmu


Ibu… Betapa aku amat merindui dirimu yang telah lama lena dalam pembaringan Setiap belaianmu tika membesarkan aku bersemadi kukuh dalam hatiku Syahdu dan pilu rasanya berjauhan darimu walau bukan itu pintaku Aku redha dan ikhlas dalam langkahmu menuju ILLAHI Ibu… Walau seketika anakmu alpa Kasihmu sentiasa menjadi ingatan abadi bagi diriku Membawa hidayah keinsafan seorang anak Dalam menjalani kehidupan duniawi Ibu… Bersemadilah dengan aman Semoga rohmu diberkati Yang Esa Doaku tidak pernah hilang meniti bibirku buatmu sentiasa Dikaulah ibu didunia dan akhiratku.


Nur Iman