Pilihan Hidup




Dalam kita menempuh kehidupan ini, semua harus memilih jalan mereka sendiri, biar pun semua manusia mencari jalan mereka sendiri. Semua bergantung atas usaha mereka sendiri. Bermula dari zaman kanak-kanak kita sudah diajar dengan berbagai-bagai cara untuk berdikari. Antaranya ialah dari kita merangkak sehiggalah kita pandai berjalan, Dari kita mula hendak pandai berkata-kata sehinggalah kita pandai membaca. Bukan mudah untuk kita memilih jalan dan mengatur langkah untuk meneruskan perjalanan hidup ini. Dengan ilmu dan pengalaman kita itu dapat lah kita menempuh setiap halangan dan cabaran, tetapi sekiranya perkara itu adalah sebaliknya mungkin kita tak dapat bersaing antara satu sama lain. Dalam mengejar sesuatu yang bermakna dalam hidup ini, cara berfikir adalah sangat penting sekali. Ramai antara kita yang kecundang kerana tidak berfikir sebelum memilih jalan dan ada juga yang terpengaruh dengan orang lain.

Setiap orang ada tujuan masing-masing dan masing-masing juga ada cipta rasa mereka yang tersendiri. Bab memilih, ada macam-macam seperti memilih calon isteri, memilih kerja, memilih jalan hidup dan banyak lagi. Semuanya terletak pada tangan kita sendiri dalam menentukan segala-galanya..

p/s : Dalam bab ini, sebenarnya semua jalan dalam hidup kita. Kita yang tentukan , jika kita dorong kepada jalan kebaikan dan kesempurnaan insyaallah kita akan terdorong kejalan itu..

Senja




Biar hari-hari berlalu, sudah pasti ianya akan sampai kepada senja. Begitulah hidup manusia dari mula dilahirkan sehingga akan sampai ke hujung usia. Di saat ini, tiada apalah yang dapat dibawa cuma menunggu hari yang pasti tiba. Biar kaki sudah melangkah jauh dengan beribu pengalaman hidup. Tetapi, sia-sia lah sekiranya pengalaman itu tidak membawa kita kepada kebaikan kita di waktu senja atau sesudah itu. Melangkah ketika hari semakin senja, cuma akan mengingatkan kembali pada hari yang subuh yang rasanya hanya sekejap berlalu. Jangan di tangis atau dikesali perbuatan yang lampau. Cuma diingati hasil yang dibawa, sekiranya terkurang cukup-cukupkan lah, sekiranya rasa berlebihan bertahan lah. Semuanya adalah Ujian yang sebenar yang harus kita tempuhi bila usia semakin senja.

Beringatlah pada usia ini, jangan lah dilakukan perkara-perkara yang dilaknat atau di benci oleh Allah. s.w.t. kerana masa ini sahaja yang dapat untuk kita mempercukupkan amal kita. Jangan lah diingat pada yang lalu dan Haruslah dikesalkan pada hari ini. Jangan ditangguh atau dilengah, tetapi berusaha untuk mencapai kebaikan.

p/s: dalam tajuk ini saya mengisahkan tentang usia kita, semua kehidupan mahupun manusia pasti akan sampai kehari tua. Disitu kita belajarlah memperkuatkan iman dan amal.. insyaallah..

Cerita Kehidupan Di bumi




Semuanya berlalu dan terus berlalu, yang hidup mesti mengembara. Begitulah Alam penceritaan, yang jauh adalah usia kita dan yang hampir adalah kematian kita. Semuanya adalah cerita yang setiap manusia akan lalui. Bermula dari alam kehidupan kita dan mahupun kehidupan lain, semuanya akan berusaha mencari keselesaan dan ketenangan. Tidak ramai yang berjaya dalam mencapai keselesaan dan ketenangan tersebut, cuma yang pasti manusia akan terus berlumba-lumba mencari. Tiada kehidupan yang hidupnya sama selamanya. Cuma yang pasti kejayaan dalam pengembaraan hidupnya mesti sampai kepada sasaran. Sasaran yang dimaksudkan ialah kematian. Dimana jadi lah kita orang yang sentiasa beringat iaitu beringat pada kematian. Dan itu lah ketenangan hidup yang Abadi yang diberi Pada Allah s.wt.

p/s: kawan2 dalam mencari jalan hidup jangan lah kita lupa akan Alam lain iaitu alam Akhirat.. tak kiralah berapa hebat nya hidup kita dibumi ini..yang pasti yang hidup pasti menemui mati melainkan Allah s.w.t

Lihat Diri di Cermin




Wajah adalah antara anugerah yang paling besar dikurniakan oleh Allah. Setiap manusia mempunyai berbeza-beza rupa wajah mahupun warna. Semuanya melihatkan kita tentang diri dan mengambarkan peribadi kita. tak semua manusia yang cantik rupanya akan mempuyai hati cantik. Ini semua bergantung kepada, di mana terletaknya hati mereka. Hati manusia belajar dan terus mencari perubahan. Sebab itu kita mestilah memperbanyakkan melakukan perkara yang baik..dan tinggalkan perkara yang buruk. Biarlah orang lihat rupa kita seumpama hati kita. bagi yang rupa kurang jangan lah merendah diri, kerana semulia-mulia manusia ialah manusia yang mempunyai hati yang cantik yang belajar dari kesilapan dan membuat kebajikan kepada orang lain.

Peliharalah kecantikan rupa, hati dan perbuatan. Dimana ianya kan menampakkan hasil yang cantik diwajah kita. orang yang melihat kita pasti akan merasa senang. dan akan menjadikan kita sebagai contoh yang baik. Percayalah, pada ketentuan hidup yang Allah aturkan untuk kita. Bila cantiknya hati maka cantiklah keseluruhan diri kita.

p/s: kepada rakan2 pelihara lah peribadi selaras dengan rupa dan hati, supaya kita jadi insan yang di hormati dan di sayangi..