Berfikir atau " Hard Thinking"




Setelah menjalani kehidupan kita seharian, sudah pasti berbagai-bagai perkara bermain difikiran kita. Dengan cara hidup kita yang sentiasa berubah dan tanggungjawab dan beban yang banyak menyebabkan kita banyak berfikir. Seperti apa yang kita ketahui, berfikir boleh menjadikan kita lebih matang dan mempunyai fikiran yang terbuka. Bersesuaianlah kita sebagai manusia yang dikurniakan Allah S.W.T akal dan fikiran. Manusia sejak dari mula dijadikan, sudah mempunyai akal fikiran dan semuanya berlaku secara berperingkat. Semua peringkat itu akan dilalui oleh manusia dari mula dalam rahim ibu hinggalah dewasa.

Berfikir membuat kita lebih yakin dengan tindakan kita bermula dari percakapan hinggalah kepada perbuatan kita. Orang yang berfikir sebelum bertindak adalah orang yang bijak. Tetapi orang yang tidak berfikir sebelum bertindak adalah orang yang rugi. Rugi pula bagi orang yang berfikir tetapi tak pernah bertindak untuk mengubah diri sendiri. Begitu juga orang yang tak berfikir serta tidak bertindak. Mereka yang berfikir sudah pasti tingkah laku dan perbuatannya dijaga. Berfikir jugak dapat memuhasabah diri supaya menjadi manusia yang berguna.

Berbeza dengan orang yang kuat berfikir. Berlebih-lebihan berfikir boleh menyebabkan stress, ini akan menyebabkan diri hilang keyakinan dan badan mula menjadi lesu. Bagi yang kuat berfikir adalah lebih baik sekiranya mereka mencari teman yang boleh di kongsi masalah. Selalunya orang yang "hard thinking" lebih sensitif dan mudah tertekan. Bagi mengelakkan masalah bergini terjadi adalah lebih baik untuk kita muhasabah diri dan sentiasa dekat kan diri pada Allah S.W.T Mudah-mudahan Allah S.W.T akan mempermudahkan kehidupan kita seharian.

p/s: kelebihan yang baik bagi kita adalah akal jadi gunalah akal dan berfikir sebelum melakukan sesuatu perbuatan, yang baik kita ambil yang tak baik buang jauh-jauh.

14 comments:

  1. tapi ade je manusia yg kurang bijak
    bertindak dulu baru berfikir..

    sesiapa pun tak sempurna.
    dan manusia selalu sahaja silap

    ReplyDelete
  2. aNiSa hANg tUaH ...mmmm... sebab tu Allah beri kita akal supaya ianya dapat mengelokkan perbuatan kita...mmm...

    ReplyDelete
  3. :akal fikiran:
    itulah bezanya kita dengan haiwan
    namun kadang2 haiwan lagi bijak dari kita

    ReplyDelete
  4. BuLaN iTu aKu... mmmm... haiwan dijadi oleh allah mempunyai keistemewaan mereka tersendiri.. tapi bagi manusia haruslah mencari dan mengkaji kelebihan dan melihat betapa Agongnya ciptaan2 Allah s.w.t. jadi kita tak boleh samakan manusia, yang berbezanya dari haiwan kerana Allah menganugerahkan Akal yang tiada pada mana2 haiwan pun...mmm

    ReplyDelete
  5. salam kembara bro..

    sepatutnya smart thinking..

    maklom la manusia ni different, fleksibel n dinamis..

    tp bila ada elemen2 knowledges, skills n attitudes dlm diri..

    semua yg mendatang mudah diatasi dgn tenang..

    taa!

    ReplyDelete
  6. ekopelancongan.... salam...terima kasih kerana memberi comment...mmm.. smart thinking...mmm banyak maksud nya... cuma zool ingin jelas kan secara sikit je tentang thinking...mmm mungkin tajuk ni boleh di buat pada lain2 cerita lepas ni...mmm

    ReplyDelete
  7. selalu amalkan hard thinking bleh jadi gila nnti..jgn bebani otak, tapi jgn plak malas berfikir..nanti otak beku macam pak pandir..ehehe

    ReplyDelete
  8. nursarah87....mmm..betul tu...jangan terlalu kuat berfikir...nanti memudarat kan diri...thank ya...mmm

    ReplyDelete
  9. Salam Zool..

    Menggunakan akal sblm melakukan sebarang tindakan adalah sangat baik..tapi selalunya apabila dikuasai perasaan marah..manusia sering terlupa dan membiarkan nafsu menguasai diri, justeru itu maka beringatlah selalu agar tidak timbul penyesalan dibelakang hari akibat terlajak perbuatan..

    ReplyDelete
  10. zai...
    terima kasih atas comment dan nasihat yang berguna..insyaallah setiap perkara yang baik pasti akan mendapat balasan yang baik..terima kasih zai..

    ReplyDelete
  11. salam zOol...xsmua yg kte wat 2 akan dpat blsan ngan cpt..i'allah pasti ada hikmah dariNya..tpi org xmrh apabila di cemuh xsmstinyer bdoh...tpi sebaiknyer pertahan kan hak kte sbgai mnusia...

    ReplyDelete
  12. Anonymous.... betul tu.. tak semua perkara kita perlu sabar.. lagi2 melibatkan maruah..kita perlu sentiasa peka dengan apa yang berada di sekeliling kita...mmm

    ReplyDelete
  13. manusia adalah sebaik-baik kejadian kerana dianugerahkan akal..manusia juga merupakan khalifah diatas muka bumi..tujuan kita dianugerahkan akal adalah untuk berfikir & membezakan sst itu sama ada baik atau buruk..

    ReplyDelete
  14. nur shahidah...
    betul tu nur.. setiap manusia perlulah menjadi pemimpin yang adil dan dapat memakmurkan bumi Allah s.w.t. ini..

    ReplyDelete