Pelangi Kehidupan





Kehidupan seumpama pelangi yang mewarnai alam. Disitu lahir keharmonian dan kesinambungan yang kekal dan berpanjangan. Setiap insan yang dilahirkan akan merasa kenikmatan. Biarpun pekara itu hadir secara sementara atau berpanjangan. Semua yang terlukis bukanlah ukiran yang diukir oleh insan lain. Kelemahan dan kelebihan juga adalah kenikmatan yang sedar atau tidak telah mencorakan kehidupan kita. Seumpama pelangi yang dipancarkan oleh sinar matahari, begitulah kehidupan kita. Yang indah ialah hati, yang ikhlas ada perbuatan, yang murni adalah diri kita. Dalam menempuh hari-hari yang berlalu, kita telah dipertumukan dengan berbagai peringkat dan keistimewaan. Walau ianya belaku tanpa kita sedari. Sifat-sifat yang zahir tidak dapat dilakukan dengan batin. Begitu juga yang batin tidak dapat dilakukan dengan zahir. Cuma ianya boleh digunakan dengan sebaiknya bila kita menguasai akal fikiran. Manusia bukan lah boneka yang boleh digerakkan oleh daya dan tarikan. Tetapi manusia adalah kesinambungan kehidupan yang telah ditentukan.


p/s: Dalam menacapai kejayaan dalam hidup. Kita harus bersedia dan melengkapkan diri dengan setiap halangan dan cabaran. Biarpun kita di dunia ini hanya sementara. Tetapi kenikmatannya telah banyak kita rasai. Sehingga antara kita telah leka dan lalai dengannya. Ingat lah setiap detik, setiap saat, setaip waktu akan terus berlalu. Jadi kita perlulah mengimbangi antara dunia dan akhirat..insyaallah…



6 comments:

  1. Agar kita sentiasa bahagia di dunia juga bahagia di akhirat nanti. Jika pun kita dicabari dengan ujian di dunia tabahkan hati jangan lekas kecewa & menyalahkan takdir; Biarlah hari ini lebih baik dari semalam...

    ReplyDelete
  2. iDan...sama2...lah kita laksanakan apa yang perlu dan apa yang tidak perlu kita abaikan....mmmm

    ReplyDelete
  3. kadang-kadang manusia ini terlupa bahawa setiap ujian yg dtg pasti ada hikmahnya...manusia sering berputus asa dan sering berfikiran negatif apabila menerima sst ujian..kita di uji kerana kita disayangi...kadang-kadang kita melihat ssorg itu gembira akn tetapi,dia mgkn dlm kesedihan..kadang-kadang kita melihat ssorg itu sedih,tetapi mungkin hatinya tgh senang dan gembira...

    ReplyDelete
  4. Anonymous...mmm betul tu, sebab itu Allah memberi kita ujian2.. supaya kita boleh bersifat sabar...mmm

    ReplyDelete
  5. ya..mmg hidup ini ibarat pelangi..
    pnya bnyk warna..
    & kita yg memilih utk mwarnakn khidupn kita..
    sama ad,..mhu hidup kita pnuh dgn warna2 indah sprti pelangi yg mnjelma dlm titis hjan itu..
    mahupun sbalik nya..

    ~smoga kita sma2 mwarnai khidupn kita dgn warna2 iman & taqwa..
    amin~~

    ReplyDelete
  6. princess... insyaallah selagi kita mengingati Allah...Amin..

    ReplyDelete