Aku Seorang Pemerhati



Bab 1 ( Kisah dulu dan sekarang )


BAB 2 ( Hidup Sendirian )


    
Dalam menjalani perjalan hidup ini, aku terus tabah mengharungi kemelut permasalahan dan ujian mendatang. Kadang-kala masa yang sebegitu suntuk, membuatkan aku cemas dan gundah dalam menyelesaikan masalah. Walaupun pada hakikatnya setiap yang berlaku itu sebenarnya tidaklah sehebat dugaan yang diterima. Namun ianya sudah cukup untuk menggoyahkan diri aku. Setiap hari yang berlalu bagai satu jalan yang berduri yang harus aku tempuhi.Walaupun banyak perkara yang boleh aku lakukan untuk memenuhi kehendak rohani, tetapi masih belum cukup memberi kesempurnaan dalam memenuhi keperluan diri. 

        Hidup aku bagaikan satu peta yang begitu penuh dengan koordinasi yang memerlukan ketepatan dalam mencari kedudukan sebenar. Walaupun peta itu sendiri di penuhi dengan garis-garis kedudukan, tetapi aku masih perlu mencari hala tuju yang sebenar supaya tiada berlaku kesilapan dalam menentukan arah. Biar banyak keputusan yang perlu aku hitung, namun semuanya harus aku tentukan dengan ketelitian dan perkiraan. Adakalanya kesilapan berlaku juga, memang benarlah  semua yang berlaku adalah kerana ke tidak pekaan aku dalam menghitung keputusan. Setiap keputusan yang aku buat hendaklah mengambil kira akan pandangan dan idea dari pihak kedua. Bukannya membuat keputusan berdasarkan perkiraan aku sendiri.Disebabkan kecuaian itu, aku terus dibelengu dengan permasalahan yang berbangkit dan mengambil masa yang panjang untuk mengatasinya.


      Dalam menyelesaikan permasalahan ini, aku cuma mampu pasrah dalam mencari keserdehanaan dalam diri. Kedudukan aku yang sentiasa berada dalam kesederhanaan itu membuatkan aku sentiasa menyendiri. Apabila glora kehidupan menyelubungi  diri. Aku cuma mencari jalan mudah dengan hanya mencari suatu tempat yang sunyi yang mampu menjadi penghibur dari kesesakan bunyian. Biarpun pandangan persekitaran seolah-olah merendahkan aku. Namun aku terus bersabar dan menepis segala lotaran yang mungkin tidak sedap bila di dengar. Halangan itu juga tidak melemahkan aku, malahan menjadi kata azimat yang dapat membentuk rohani aku supaya bersifat lemah dan sentiasa menjadi pemaaf. Bagi aku, setiap lotaran kata itu umpama dinding yang mampu memperteguhkan diri dan membentuk keutuhan diri yang teguh di atas pendirian sendiri.

       Setelah masa pun berlalu lama, aku mula merasakan perubahan dalam ketahanan fizikal dan mental. Keceriaan selalu menghampiri aku dan permasalahan aku juga semakin berkurang. Kegembiraan itu jugak dapat di lihat pada persekitaran yang dulunya umpama duri  tetapi sekarang berubah mejadi seperti pepohon yang mampu memberi tempat untuk aku berteduh. Begitulah kehidupan aku yang penuh dengan masalah, tetapi apabila masalah itu menemui jalan penyelesaian, aku dapat rasakan satu bebanan yang dulu nya berat tetapi sekarang mejadi ringan seumpama debu bertebangan.

Bersambung

10 comments:

  1. setiap manusia tidak pernah lari dari kesilapan...ingatlah bahawa setiap manusia tidak sempurna dan ia memerlukan teman..kerana itu manusia dicipta dgn ramainya..walau apa yg terjadi,hadapinya dgn redha..

    ReplyDelete
  2. nur... setiap manusia yang hidup pasti ada masalah.. masalah itu sebenarnya ujian yang antara sedar atau tidak adalah ujian Allah untuk kita, semuanya supaya kita mengingati-Nya.

    ReplyDelete
  3. salam...

    entry zool ni mmg mmberi inspirasi utk ayue terus bersemangat...
    keep it up bro!....

    hehehe...

    setiap dugaan dan ujian adalah milik ALLAH.. ya! selagi kita hidup, kita sentiasa belajar dan belajar. apa pun ianya mematangkan diri bagi menempuh perjalanan hidup.

    adakalanya kite terlupe siapakah Pencipta kita yang mengatur kehidupan ni...
    kerana itulah kita tidak redha terhadap apa yang berlaku dalam hidup.

    semoga kite terus diberi kekuatan...
    ~May Allah bless u!

    ReplyDelete
  4. Ayue Aishah...

    Terima kasih atas nasihat berguna ayue.. setiap manusia pasti ada masalah.. cuma kita harus jadi insan yang tabah..

    setiap masalah zool jadikan peringatan supaya ianya tak berulang lagi..

    ReplyDelete
  5. kalau kita merasakan ujian itu berat,cuba kita renungkan ayat ini: 'Allah tidak akan membebankan hambanya apa yg tidak mampu ia pikul'.
    so,sentiasa yakin dgn apa yg d terima pasti ada hikmahnya...

    ReplyDelete
  6. Assalamu alaikum....
    salam kenal 0_0

    ReplyDelete
  7. itulah hidup;(
    kdg2 kite terikat ;(

    ReplyDelete
  8. nur ... terima kasih nur...mmm

    BALI... salam perkenalan

    jane... :)

    ReplyDelete
  9. hidup tak selalu nye indah.. hehehe
    tibe2.. erkkk

    ReplyDelete
  10. NichKhun..... hidup tak selalu nye indah...
    suka ayat tu...mmm
    terima kasih....

    ReplyDelete