Ikhlasnya Berkawan


Setiap insan pasti pernah merasakan nikmat dan suka dukanya berkawan. Tetapi ada juga yang masih tidak mengerti apa sebenarnya di maksudkan kawan atau sahabat. Kawan ialah insan yang bergelar teman yang sentiasa berada bersama kita dan dia adalah  yang hampir dan mengenali kita. Kawan tidak akan melukakan perasaan sahabat yang lain dan ianya selalu berwaspada dengan kata-katanya. Kawan juga tidak akan memperkatakan keburukan sahabatnya malah sentiasa menyatakan kebaikan sahabat-sahabatnya. Biarpun dukanya hati dikala terluka tapi tidak pernah meluahkannya pada sahabat. Kadang-kadang sahabat jugalah yang menjadi penghibur dan gelak tertawa bersama-sama. Apabila kita berjauhan dari keluarga atau saudara-mara, sahabatlah saudara yang paling hampir dengan kita. Keluhan dan payahnya kita, kawanlah yang paling hampir dengan kita dan dia lah tempat kita mengadu masalah di kala kita berjauhan dengan saudara-mara.
Sahabat dan kawan sebenar  mestilah mempunyai sifat ini, iaitu kejujuran dan keikhlasan. Tapi tak ramai antara kita mengerti dengan maksud ikhlas dan jujur. Bila berkata akan keikhlasan sebenarnya keikhlasan adalah sesuatu yang hadir dari hati dan perkara ni sukar di jelaskan dengan kata-kata, tapi selalunya dilakukan dengan perbuatan yang zahir yang dapat dilihat. Manakala kejujuran pula dapat dijelaskan dengan kata-kata atau amanah, kerana sahabat yang betul-betul jujur adalah mereka yang di beri amanah di tunaikan dengan penuh tanggungjawab dan keikhlasan.

Pernahkah kita berfikir tentang dengan siapa kita berkawan ?. Pasti sesiapa pun tidak kisah akan dengan siapa mereka berkawan, tetapi setiap orang pasti akan menilai kawan yang benar-benar  boleh mejadi sahabat baik. Kadang-kadang dalam memilih kawan ada juga antara kita yang tertipu dan terpedaya. Ada juga antara kita sampai bermusuhan disebabkan kawan yang suka menipu atau tak jujur dan ada juga yang sanggup menikam kawan dari belakang. Dihadapan kita dia lah yang terbaik tetapi dibelakang kita dia musuh yang nyata iaitu menyatakan keburukan sahabat-sahabatnya.Di manakah nilainya kita sebagai sahabat, jangan letakkan kita antara manusia yang rugi atau manusia yang mensia-siakan diri. Sekali kita berbohong  dan memperdayakan kawan kita sudah pasti sukar bagi sahabat kita untuk mempercayai kita. Kata pepatah orang melayu " terlajak perahu boleh di undur telajak kata atau pebuatan sudah pasti tak boleh diundur. 
p/s: Sebagai amanah yang di beri, hendak lah kita menjadi Khalifah Allah s.w.t iaitu hendak lah kita menjaga dan makmurkan  bumi ini dengan kita sentiasa menjaga perhubungan kita sesama manusia dan janganlah kita bermusuhan. kawan bersyukurlah tiada apa yang paling penting melainkan menjaga perhubungan kita sesama manusia. Bila kita kasih dan sayang antara satu sama lain insyaallah diri kita sentiasa terpelihara di dunia mahu pun di akhirat..

8 comments:

  1. susah nk jmpa kwan yg betul2 ikhlas huu

    ReplyDelete
  2. mmm...sebenarnya kita lah yang perlu memainkan peranan yang penting. sekiranya kita mahu berkawan, kita mesti menjaga kata2 dan tingkah laku kita... sekiranya kita mempunyai ciri2 yang baik dan hormat orang lain...insyaallah kawan2 yang dahulunya tak jujur dan tak ikhlas pasti akan berubah bila berhadapan dengan kita... berlemah lembut bila berkata2....mmm

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum..

    indahnya bersahabat andai diiringi kejujuran dan keikhlasan.. sgt susah sbnrnye utk brtemu sahabat yg dpt brsama susah dan senang.

    sahabat itu hadir utk berkongsi tawa..
    dan menyapu tiap juraian air mata tatkala kita bersedih..

    tali persahabatan itu lebih kukuh dari hubungan cinta yg tak pasti...
    jika cinta pergi...carilah sahabat sebagai peneman kesedihan cinta itu...
    sahabat itu akn sentiasa buat kite tersenyum dan gembira...

    p/s: thanxs ye zool sbb tggalkn komen utk ayue waktu ayue brsedih...

    ReplyDelete
  4. Berkawan biar seribu....
    Bersahabat susahnyer nak jumpa khann!

    ReplyDelete
  5. "Sahabat dan kawan sebenar mestilah mempunyai sifat ini, iaitu kejujuran dan keikhlasan"

    ~ya.kejujuran & keikhlasan amt penting.tapi xrmai yg ikhlas dlm brkawan.kerna keikhlasn itu amt sukar dicari.

    ReplyDelete
  6. Jemari Seni...mmm...betul tu kita mesti tahu cara dan memilih kawan...kawan yang baik mesti ambil berat tentang kawan2 dia...

    princess...mmm...selagi kita berbuat baik selagi tu kita akan dapat kawan yang baik...insyaallah..

    ReplyDelete
  7. em...agak susah nak mencari kawan..apatah lagi sahabat...klu hendak mengenal siapa sahabat sebenar...apabila kita susah,hanya dia yg akn hadir membantu...em...

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum.prsoalan ana...adakh pmpuan dn llki bleh bkwn?kdg2 dlm bkwn hty d uji.kwn adakalanya mjdi lwn.ikhtilat hty kdg xsdr ttg khdirn kwn...emmmmmmmmmmmmmmmmmm ssh nk fhm c kwn..

    ReplyDelete