Berperang dengan emosi bukanlah jawapan pada penyelesaian

Dalam mejalani hidup yang mencabar, sudah pasti berbagai rintangan dan ujian harus dilalui. Namun tak semuanya kita mampu hadapi. Kadang-kadang ianya memerlukan perkongsian dan pandangan dari orang lain. Hidup ini penuh dengan keinginan dan kemahuan. Semua berlaku kerana cinta, kerana cinta itu mengajar kita akan sifat kasih dan sayang. Dari sifat itulah akan lahir pengorbanan. Sudah menjadi lumrah tak semua perkara kita boleh capai. Mencintai seseorang memang mudah, tapi tidak mudah bagi kita memilikinya. Jangan mudah bersedih, tapi hulurkanlah tangan dan berdoa atas sesuatu yang berlaku. Kerana setiap perkara  itu pasti ada jalan keluarnya.

Mengapa diatara kita mampu melihat kesilapan dan kelemahan orang lain. Sedang kita tahu kelemahan itu ada juga pada diri kita. Jangan mudah menyalahkan diri, kalau orang tak suka akan kita. Tetapi bersedia dan menerima apa yang terjadi. Samalah apabila kita mencintai seseorang, jangan salahkan dia atau diri sediri kalau kita tak dapat bersama dengan dia. Sudah dijadikan perasaan manusia itu berbeza-beza, Tidak semua perkara cantik di mata kita, akan cantik dimata mereka. Kerana semua mahukan kesempurnaan.

Manusia itu ada mempunyai kelebihan dan kekurangan jadi janganlah kita mudah alpa. Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kesempurnaan yang berbeza. Tidak perlu takut atau bimbang atas kekurangan dan kelebihan itu. Cuma kita perlu fikirkan jalan terbaik dalam hidup kita. Memilih sesuatu jangan dilihat pada luaran semata-mata tapi pilihlah atas perkara yang maya iaitu yang tersirat dihati. Kerana hati itulah akar kepada pohon hidup. sekiranya rosak hati itu maka matilah  pohon itu biarpun cantik luarnya tapi dalamnya penuh dengan penderitaan dan kesengsaraan.

Berapa lama harus bersedih atas sesuatu yang tak pasti tiba, sampai bila kita harus menyalahkan diri dan dia. kenapa kita tidak berusaha mencari sesuatu yang lebih baik yang sedang menanti kita. Kitalah yang harus mencipta pengorbanan itu. kerana pengorbanan itulah jalan terbaik dalam hidup. Sesiapa pun pasti pernah membuat pengorbanan. Cuma pengorbanan itu berbeza pada setiap orang.

p/s: lihatlah mata kita di cermin dan bayangkan kehidupan kita dan orang yang kita cinta, sanggupkah kita berkorban demi mereka. Adakah kita sudah cukup lengkap untuk memberi mereka sesuatu yang terbaik. Sekiranya belum cukup muhsabahlah diri dan lengkaplah diri dengan semua itu.. insyaallah setiap apa berlaku itu akan di permudahkan jalanya.

4 comments:

  1. assalamualaikum..
    em..
    setiap masalah yg datang pasti ada penyelesaiannya..inilah yg dinamakan hidup..mmg susah untuk berkorban..berkorban itu pahit..tau tak kenapa ia pahit ?..em..sebab, ganjarannya begitu manis..hati yg terluka juga sukar nak diubati, tapi..ia tetap ada penawarnya..sy ada satu cerita..seorg hamba Allah ni dapat tawaran yg sgt baik. dan jelas ianya sebaik2 tawaran(juga banyak ujian disitu). tapi pd masa yg sama dtg satu lg tawaran..pd pdgnnya,tawaran kedua juga baik tp x sehebat yg pertama..dan akhirnya mengambil yg kedua..x tahu mcm mana dia blh buat mcm tu..mungkin dia masih x nampak kelebihan yg pertama td..shg sekarang dia menyesal,krn melepaskan yg pertama..

    moralnya..andai Allah tetapkan kita pd sst yg dah konfem baik,jgn lah kita persiakan..walaupun pd mulanya nampak ianya susah..tp..yg susah itulah ganjarannya lebih..kerana mungkin juga kita akn dianggap sombong..kerana menolak sst yg baik..walau apa pun, teruskanlah apa yang dirasakan baik..

    abg zool,
    sesuatu yg dah berlalu, x kan blh di ulang kembali..sesuatu yg dtg pula blh dibina dan dibentuk..sst yg berlaku pasti ada sebabnya..semoga segala yg datang memberi ketabahan pada kita..

    ReplyDelete
  2. waalaikummusalam... terima kasih nur.. ^_^

    ReplyDelete
  3. salam zool, bagus post ni.. terima kasih ye

    Nice Post.

    my Blog
    http://ohdaus.blogspot.com/

    ReplyDelete